28 Ogo 2019

MAKYUNG RAJA GONDANG CURI TUMPUAN RAMAI


PERSEMBAHAN Makyung Raja Gondang yang dipentaskan di Panggung Eksperimen Aswara pada 23-25 Ogos lalu ternyata berjaya menarik perhatiann umum tidak kira latar belakang. Suatu persembahan yang segar dan sangat menghiburkan.

Naskhah Makyung Raja Gondang ini merupakan karya olahan dan arahan Chekem dan diterbitkan oleh Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA), Aswara.

Ceritanya mengisahkan tentang dendam seorang anak raja iaitu Raja Gondang terhadap ayahnya Raja Besar. Disebabkan permaisuri Raja Besar iaitu ibu Raja Gondang  (Tuan Puteri Gak Jetera) melahirkan anak sebiji Gondang, maka Tuan Puteri Gak Jetera telah dipukul palu dan dihalau dari istana. 



Apabila cukup masa Gondang menetas, maka keluarlah anak yang diberi nama Raja Gondang. Raja Gondang telah mengetahui hal yang sebenar mengenai nasib yang menimpa dirinya dan ibunya Tuan Puteri Gerak Petera sehingga dihalau keluar dari istana. 

Raja Gondang ingin membalas dendam dan mencari jalan untuk berjumpa dengan Raja Besar di Istana. Raja Gondang sengaja membuat aniaya dengan menyeksa pekerja Istana Raja Besar iaitu Wak Juara Pemikat supaya dia ditangkap dan dapat bertemu Raja Besar.

Persembahan ini dijayakan oleh alumni, kakitangan dan pelajar Aswara sendiri. Antaranya Juhara Ayob, Zamzuriah Zahari, Iefiz Alaudin, Along Eyzendy dan lain-lain.

Kami di 7klikdotcom kongsikan foto-foto menarik dari persembahan tersebut. Enjoice yaa..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan