Hot Posts

6/recent/ticker-posts

INSPIRASI KEJAYAAN WANITA DALAM TUMIT TINGGI


DILAHIRKAN tanpa rahim bukan sesuatu yang mudah untuk diterima. Apatahlagi bagi setiap wanita pastinya mengimpikan untuk mengandung dan melahirkan zuriat sendiri. 

@wani.ardy, merupakan seorang wanita satu dalam 5000, salah seorang wanita yang tabah dilahirkan tanpa organ reproduksi merangkumi rahim dan vagina sekaligus gagal hamil. Kisah ketabahan wanita ini menghiasi episod pertama musim terbaharu program Tumit Tinggi.

Kisah seorang wanita yang cukup istimewa ini dipilih membuka tirai musim terbaharu program majalah Tumit Tinggi disiarkan RTM pada 14 Julai ini, pukul 12.05 tengah hari di TV1. 

Menariknya episod pengenalan musim baharu ini mengangkat kisah kecekalan wanita-wanita istimewa dari Persatuan ‘People Support People’ @societyofpspmalaysia menjalani aktiviti seperti insan biasa tanpa menjadikan kekurangan yang ada sebagai penghalang untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Empat personaliti cantik juga berbakat terdiri daripada Eisha Aneyza, Amy Nur Tinie Abdul Aziz, Syamim Farid dan Shaza Bae bakal mengacarakan program yang akan bersiaran setiap Ahad, jam 12.05 tengah hari di TV1.

Menariknya program ini menampilkan cetusan idea lima penerbit iaitu Baharunnurdalila Baharuddin, Aida Shahridzan Idris, Syazwani Suleiman, Nazatul Fareena Sheikh Rosli dan Hanif Nordin, daripada Unit Majalah dan Dokumentari TV RTM. 



Secara keseluruhannya program ini memaparkan mengenai gaya hidup wanita moden meliputi kisah kejayaan ikon-ikon wanita cemerlang, inspirasi fesyen, kecantikan serta tip-tip yang memberi panduan kepada wanita untuk menjadikan mereka lebih berkeyakinan tinggi. 

Dengan tagline ‘Wanita Inspirasi Global’ rancangan ini dibahagikan kepada tiga segmen iaitu ‘Hebat Bergaya’, ‘Prihatin Wanita’ dan ‘Tiptrick Tumit Tinggi’.

Menerusi segmen ‘Hebat Bergaya’ mengetengahkan sumbangan luar biasa wanita Malaysia dalam pelbagai bidang sehingga selayaknya mereka di angkat menjadi ikon dan personaliti yang dikagumi dan dijadikan contoh kepada generasi pelapis.

Seterusnya dalam segmen ‘Prihatin Wanita’ pula menyaksikan golongan wanita yang masih tidak dapat lari daripada isu-isu semasa seperti hak sebagai isteri, masalah penderaan kanak-kanak dan sebagainya. 

Pelbagai isu yang berlaku memberi kesan kepada emosi wanita dan masyarakat. Segmen ini mencungkil kecekalan serta perit jerih wanita berdepan pelbagai isu dan membantu memberikan solusi kepada isu yang dibincangkan dengan mendapatkan rujukan daripada pakar-pakar dan institusi-institusi berkaitan. 

Sebagai satu tanggungjawab sosial, Tumit Tinggi turut mencungkil sifat keprihatinan wanita dalam memberi semangat dan bantuan, sama sama berganding bahu mendepani pelbagai isu dan tekanan. 

Dalam program ini juga membongkar hobi unik wanita yang secara tindak langsung memberi peluang mereka menonjolkan sisi unik dan menarik yang pastinya memberi nilai human interest kepada penonton. 

Akhir sekali mewarnai segmen ‘Tiptrick’ berkongsi panduan mengenai kecantikan, kesihatan dan aktiviti harian golongan wanita mengikut trend-trend penggayaan terkini dan bahan yang ada di lingkungan persekitaran.

Ikuti banyak lagi kupasan dan perkongsian inspirasi dalam kalangan wanita ini di TV1. 



PROGRAM TUMIT TINGGI
Bahasa: Melayu    
Hari: Setiap Ahad
Masa: 12.05 pagi 
Saluran: TV1 
Terbitan: RTM     
Pengacara: Eisha Aneyza, Amy Nur Tinie Abdul Aziz, Syamim Farid, Shaza Bae  


[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments