Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Selebriti media social terkemuka Asia berentap di Sunway City Kuala Lumpur


SERAMAI 10 influencer terkemuka Asia dari 10 negara akan berganding bahu untuk mempersembahkan keupayaan mereka di dalam The Amazing Sunway City Challenge di Sunway City Kuala Lumpur.

Mereka ialah Jaa Suzuran dari Malaysia, Medyo Maldito (Filipina), RJ Abhinav (India), Michelle Joan (Indonesia), Matthew Stewart (Singapura), Ironbull (Taiwan), SorDor Style (Thailand), Gong Yi (China), Hong Young Gee (Korea Selatan) dan Hadia Ghalebhave (Mesir) yang akan menjadi peserta program realiti penuh aksi ini. 

Influencer ini, yang memiliki seramai 25 juta pengikut secara keseluruhan, akan bertarung di sekitar lokasi utama Sunway City untuk memenangi hak sebagai juara The Amazing Sunway City Challenge, mata Sunway Pals bernilai RM25,000 dan sebuah telefon pintar Samsung Galaxy Note9. 

Influencer berbakat besar, Jenn Chia dari Malaysia akan mengacara program ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kompleks Beli-belah Sunway dan Taman Tema, HC Chan berkata, 

“Penonton akan dapat meneroka tarikan di Sunway City Kuala Lumpur menerusi video dan perutusan media sosial dan akan terhibur dengan gelagat pempengaruh yang sedang bertarung. Penonton juga boleh menyerta peraduan yang akan dilancarkan di dalam empat episod web (webisodes). 
Sejajar dengan kehidupan hari ini yang tersambung secara dalam talian, pengguna media sosial dapat melangkaui sempadan yang membolehkan kita mendekatkan lagi dunia.’’ 

Pengasas dan CEO Kumpulan WebTVAsia, Fred Chong berkata, 

“Ini adalah satu daripada program realiti yang paling menarik yang pernah dicipta oleh WebTVAsia kerana ia mempertemukan pempengaruh paling popular di seluruh Asia di satu daripada destinasi yang paling menarik di Malaysia.’’ 



Penonton boleh menjangkakan pempengaruh mengharungi aktiviti-aktiviti mencabar termasuk Vuvuzela, gelongsong air terbesar dunia di Sunway Lagoon, dan bertarung di gelanggang ski ais Sunway Pyramid, antara tarikan yang disediakan.

The Amazing Sunway City Challenge juga ditaja oleh Samsung Electronics Malaysia dan Grab Malaysia. Empat episod web ini akan ditayang pada Februari 2019. Program ini akan ditayangkan di SAYS.com, penyiar web rasmi Malaysia, IDN Times, ET Today, Line.tv, LUVE, platform rasmi media sosial Sunway City dan WebTVAsia. 

Dengan pengikut-pengikut para influencer, episod web ini akan menjangkau lebih daripada 54 juta orang di web seluruh dunia. 

"Kami amat berbesar hati untuk berganding bahu bersama WebTVAsia dalam acara The Amazing Sunway City Challenge yang akan membawa keriangan kepada para penonton di wilayah ini. Kami amat teruja untuk melihat bagaimana para peserta menampilkan kreativiti mereka untuk memenangi cabaran ini." kata Elaine Soh, Ketua Pegawai Pemasaran Samsung Malaysia Electronics.


[KREDIT: Sunway City]

Post a Comment

0 Comments