Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Ben Amir kembara seluruh Switzerland


SWITZERLAND antara negara yang sangat indah untuk destinasi liburan. Ada berbagai pilihan lokasi termasuklah pegunungan Alps yang sangat menakjubkan, danau-danau yang indah, ditambah indahnya pemandangan alam yang diselimuti salju di waktu musim sejuk. Bonus kepada peminat coklat dan keju, negara Switzerland merupakan pengeluar terbesar ntuk dua jenis makanan tersebut. 

Buat anda yang merancang untuk melancong ke Switzerland, RTM berkongsi tayangan travelog bertajuk Helo Switzeland mulai 4 Disember ini, setiap Selasa, pukul 2.30 petang menerusi saluran TV Okey (Astro 109). 

Menampilkan hos Ben Amir, travelog 13 episod ini memulakan destinasi kembara sebaik sampai di lapangan terbang Switzerland dengan menaiki kereta api ke destinasi pertama iaitu Ticino untuk melawat Castle Grande (sebuah istana yang bersejarah dan terkenal), menaiki teksi air di Tasik Lugano dan mengunjungi Muzium Swisminiatur. 

Ben kemudiannya menaiki kereta api Gotthard Panorama Express melawat bandar Luzern, di mana beliau melawat Tasik Luzern dengan menaiki sebuah kapal wap. Kemudian, dia melawat kedai jam terkenal 'House of Chronoswiss'. 

Ben turut melawat muzium pengangkutan dan mencuba pelbagai aktiviti di situ, ke Bandar Pilatus dan mencuba aktiviti lasak di Mount Pilatus, ke pusat kebudayaan, KKL yang menakjubkan. 

Turut dikunjungi Museg Wall, kota lama berdepan tasik juga restoran 'Stadkeller', popular dengan persembahan tarian dan kebudayaan Swiss seterusnya ke Victorinox, kedai popular dengan pengeluaran pisau lipat sejak 1891.




Kembara Ben melawat Interlaken, sebuah bandar di antara tasik Thun dan tasik Brienz, Muzium Sherlock Holmes, Victoria Fungfrau Grand Hotel & Spa di mana terdapat bilik khas 'Yash Chopra Suite', di mana pengarah dan penerbit terkenal Bollywood, Yash Chopra sering kali menginap di negara tersebut. Diteruskan ke pergunungan Jungfrau dan Grindelwald.

Dalam episod berikutnya Ben melawat Schilton dan ke kawasan pergunungan mencuba aktiviti 'skyline walk' iaitu berjalan diatas sebuah jambatan yang diperbuat daripada jaring besi dan lantai kaca di lereng gunung. 

Kemudian beliau melawat Bond World 007 di mana pengambaran filem popular 'On Her Majesty”s Secret Service' dibuat. Seterusnya beliau melawat Murren, sebuah perkampungan Alpine yang begitu indah dan menarik. 

Di sini dia mencuba aktiviti lasak paragliding. Di Ballenberg Open Air Museum, Ben mendekati kehidupan tradisional masyarakat Swiss. Akhir sekali beliau ke pekan Thun, sebuah pekan bersejarah.

Menarik perkongsian lawatan Ben ke St. Gallen, tempat bersejarah yang mendapat pengiktirafan dari UNESCO dan diteruskan ke Abbey Library dan Textile Muzeum. Episod sama membawa Ben menaiki kereta api bersejarah Muhleggbahn (Muhlegg Train), melawat Drei Weirren (Three Ponds) restoran bersejarah terletak dalam sebuah istana lama Gastuben Zum Schlossi. 




Seterusnya, dia ke Appenzell, sebuah pekan kecil, bersejarah yang bercirikan tradisional juga ke lokasi air terjun yang cantik iaitu Rheinfall.

Persinggahan Ben di Chur, bandar tertua di Switzerland membawanya mengunjungi bakeri Buhler Zuckerbackerai yang menjual pie yang popular di situ. 

Ia diteruskan dengan melawat Heidiland yang menempatkan replika rumah dari sebuah buku berjudul Heidi, ke Landquart Fashion Oultlet yang menempatkan kedai-kedai barangan fesyen dari seluruh dunia. Pada penghujung episod, Ben menaiki kereta api Glazier Express ke bandar Zermatt.

Berikutnya Ben melawat Matterhorn di Zemmet, pusat pelancongan terkemuka di Switzerland. Di sini Ben menetap di hotel kecil dan bersejarah yang terletak di Hinterdorf. Dengan menaiki kereta api, dia menuju ke gunung Matterhorn bagi melihat keindahan di sekitar Gornergrat. Beliau turut mencuba sukan lasak di Glacier Matterhorn.

Lawatan di bandar Geneva tambah mengujakan dengan melawat bangunan United Nations, Jet d’Eau, air pancut buatan manusia yang tertinggi di dunia, Flower Clock, Geneva’s Old Town, Old Arsenal dan Town Hall. Kemudian beliau melawat sebuah kilang coklat di mana beliau mempelajari cara membuat coklat. 

Berbaki empat episod Ben menjelajah bandar Lausanne dengan melawat Olympic Museum dan Olympic Park. Beliau juga melawat Lausanne Old Town di mana terdapat bangunan bersejarah dan beberapa kafe dan restoran. Ada juga lawatan ke bandar Montreux, istana bersejarah "Chateau de Chillon" diikuti bandar Vevey yang popular dengan muzium Charlie Chaplin.




Ben meluangkan masa ke bandar kecil Gstaad yang popular dalam kalangan pelancong menaiki kereta api “Golden Pass”, kereta api klasik dari Montreux. Di situ, Ben mempelajari cara bermain Alphorn, sebuah alat muzikal tradisional dan unik. 

Kemudian, Ben melawat lokasi menarik penggambaran filem Bollywood Dilwale Dulhaniyan Lejayenge. Seterusnya, melawat kawasan pergunungan di Gstaad dengan menaiki kereta kabel dan melawat Glacier 3000. Seterusnya, beliau melawat sebuah SPA di hotel HUUS.

Melengkapkan kunjungan ke negara tersebut Ben melawat bandar Bern, ibu negeri Switzerland. Begitu juga ke tempat bersejarah seperti Bundeshaus, dataran Bundesplatz dan Zytglogge Turm, bangunan yang mempunyai sebuah jam yang klasik dan bersejarah diikuti ke Baren Park, Rosengarten (taman bunga mawar) dan rumah Einstein. Akhir sekali beliau melawat sebuah kilang keju. 

Kemuncaknya program ini lawatan Ben melawat bandar Zurich seperti Hiltl Akademie, beliau mempelajari cara membuat makanan tradisional Swiss. Seterusnya ke Zurichhorn, di mana terdapat Chinagarten (China Garden)

Kemudian beliau melawat Freitag Shop, sebuah kedai membuat beg dari bahan kitar semula. Seterusnya, beliau melawat Fifa Football Museum dan akhir sekali beliau melawat Old Town Zurich di mana terdapat beberapa bangunan bersejarah.


[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments