14 Dis 2018

6.4 JUTA PENONTON BERSORAK, RTM TERUS SIAR AKSI FINAL PIALA AFF SUZUKI DI TV2


[KREDIT FOTO: Berita Harian]

RTM menerusi saluran TV2 menayangkan aksi perlawanan Piala AFF Suzuki 2018 antara pasukan bola sepak Malaysia, Harimau Malaya menentang pasukan Vietnam telah berjaya mencatatkan kutipan lebih 6.4 juta penonton. 

Kejayaan ini membuktikan RTM sebagai penyiar rasmi edisi ke-12 Kejohanan Piala AFF Suzuki terus unggul dalam liputan siaran sukan yang menjadi teras kepada penyatuan seluruh rakyat negara. 

Pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Disember lalu, Malaysia telah berjaya mengikat Vietnam pada kedudukan 2-2.

Menerusi perlawanan kedua di Stadium My Dinh, Hanoi, 15 Disember 2018, Sabtu ini, RTM sekali lagi menyiarkan aksi pasukan anak buah Tan Cheng Hoe menentang pasukan Vietnam di saluran TV2 bermula pukul 8.00 malam.

Siaran ini juga boleh diikuti menerusi myFreeview di Saluran 111 RTM HD.

Sepanjang kejohanan berlangsung dari 8 November hingga 15 Disember ini RTM menyiarkan kesemua perlawanan samada secara langsung mahupun siaran tertunda di semua saluran RTM.


[KREDIT: RTM]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan