3 Okt 2018

ASAL USUL SENI BELA DIRI TAI CHI


BANYAK versi sejarah tentang asal usul seni beladiri Tai Chi yang dianggap unik. Versi yang umum ini dikembangkan oleh seorang pendeta Tao bernama Zhang Sanfeng yang hidup pada abad 12 Masehi. 

Lalu bertemakan asal usul nama Tai Chi, RTM menyiarkan filem bertajuk Tai Chi Hero pada 4 Oktober ini, pukul 9.30 malam menerusi TV2.

Filem arahan Stephen Fung ini mengangkat kemelut merebut kuasa dalam keluarga kungfu serta serangan hebat terhadap sebuah kampung oleh tentera kerajaan menggunakan pelbagai senjata api moden seperti senapang, bahan letupan, kereta kebal dan bom.

Dibintangi pelakon handalan Angelababy, Feng Shao Feng, Tony Leung dan Yuan Xiao Chao, jalan ceritanya bermula dengan watak Yang Lu Chan yang dikahwinkan dengan Yu Niang, anak perempuan Master Chen pada mulanya tidak menyintainya. Namun dia terus memberi sumbangan kepada keluarga Chen, dan diperkenankan Master Chen untuk menjadi penggantinya. 

Satu hari, Chen Zai Yang, anak lelaki sulung Master Chen yang telah diisytiharkan hilang sejak  bertahun lama kini muncul semula dengan membawa isterinya, ke Kampung Chen kerana mahu menjadi pengganti Master Chen. 

Gerak kungfunya yang begitu pantas amat mengagumkan semua penduduk kampung. Dia juga telah menyebarkan khabar angin bahawa Kampung Chen akan mengalami kemusnahan sekiranya kungfu keluarga Chen diturunkan kepada ahli keluarga bukan Chen. Namun sebenarnya alasan itu bagi menyingkirkan Yang Lu Chan daripada kampung tersebut. 

Sementara itu, Fang Zi Jing daripada kumpulan tentera Dinasti Qing telah menyerang Kampung Chen di bawah sokongan Syarikat Hindia Timur dengan menggunakan pelbagai senjata api serta bahan letupan termasuk kereta kebal, bom dan meriam. 

Ini adalah kerana Fang yang menjadi pemiutang kepada Chen Zai Yang memperoleh maklumat bahawa Yang Lu Chan pernah menjadi anggota Divine True Cult (sejenis pengamal agama yang melindungi pertubuhan menentang Kerajaan Qing bagi memulihkan Dinasti Ming). 

Master Chen berjaya membongkar rahsia Zai Yang bahawa dia telah melakukan banyak hutang untuk membina “Wings Of Heaven”, sejenis alat penerbangan sehingga terperangkap dengan muslihat Fang Zi Jing. Bagaimanapun, Chen Zai Yang yang menyedari muslihat Fang Zi Jing telah bertukar pendirian dan membantu ayahnya dan Yang Lu Chan untuk menentang serangan berkenaan. 

Bagi menyelamatkan Kampung Chen daripada serangan itu, Yang Lu Chan memohon bantuan Putra Kerabat Diraja, Chun Qin Wang. Namun dia diletakkan syarat harus berlawan kungfu dengan Ketua Pengawal Diraja, Li Qian Kun sebelum menghadap Putra Chun. 

Kecemerlangan serta prestasi yang dipaparkan Yang Lu Chan dalam kungfu keluarga Chen amat menakjubkan Putra Chun, lalu menganugerahkan nama kungfu “Tai Chi” bagi menggantikan nama kungfu keluarga Chen. Master Chen menerima semula anak sulungnya itu ke pangkuan keluarga, manakala Yu Niang pula jatuh cinta kepada Lu Chan.



TAI CHI HERO
Tarikh Tayangan: 4 Oktober 2018
Hari: Selasa
Masa: 9.30 Malam
Saluran: TV2 
Terbitan:   
Arahan:   
Pelakon: Angelababy, Feng Shao Feng, Tony Leung dan Yuan Xiao Chao


[KREDIT: RTM]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan