3 Ogo 2018

[TAKZIAH] PENGACARA TERKENAL, DATUK MAHADZIR LOKMAN MENINGGAL DUNIA


PENGACARA terkenal yang juga merupakan bekas personaliti TV3, Datuk Mahadzir Lokman, 61,  meninggal dunia awal  pagi tadi.

Mahadzir ditemui tidak disedarkan diri di sebuah hotel, di Kota Kinabalu, Sabah dan sebelum disahkan telah tiada lagi. Bagaimanapun, punca kematiannya masih belum dapat dipastikan.

Berita ini disahkan oleh adik Allahyarham, Ida Lokman sebagaimana yang dilaporkan oleh Astro Awani.

Keluarga Allahyarham kini dalam usaha menguruskan jenazah untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.

Mahadzir memulakan kerjaya di TV3 pada 1984 sebagai penyampai berita bahasa Melayu dan Inggeris pertama stesen televisyen itu.

Beliau pernah diberi tanggungjawab menjadi perantara pertama rancangan Sekapur Sirih, Malaysia Hari Ini (MHI) dan Melodi terbitan stesen televisyen (TV) berkenaan.

Kebolehan Mahadzir bertutur dalam pelbagai bahasa termasuk Perancis, Sepanyol, Itali dan Portugis menyaksikan beliau sering diundang sebagai pengacara pelbagai acara bertaraf antarabangsa.

Malah nama Allahyaerham begitu sinonim dengan pertandingan Musabaqah Al-Quran peringkat antarabagsa, apabila sering terpiliha sebagai pengacara disebabkan kewibawaan dan penguasaan cemerlangnya dalam beberapa jenis bahasa.

Alfatihah dan salam takziah ditrakamkan buat keluarha Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan