Hot Posts

6/recent/ticker-posts

KIX HD, PROGRAM HEBAT OGOS 2018


JANGAN ketinggalan mengikuti program-program menarik saluran Kix HD (Astro 729) sepanjang Ogos ini yang pastinya hanya menyajikan yang terbaik buat anda.


Lucha Underground S3
Lucha Underground membawakan aksi-aksi mendebarkan dan petinju-petinju dengan topeng menarik yang menggunakan teknik lucha libre, salah satu sukan yang terkenal di Mexico.

Lucha Underground S3 
Siaran Perdana: Isnin, 13 Ogos 9PM 
Episode Baharu: Isnin 9PM
Julung Kali di Saluran KIX HD

Dario Cueto yang baharu keluar dari penjara kembali ke Temple. Kali ini, Dario yakin adiknya, juara bertahan LU, mampu menguasai dan menewaskan puak Aztec. Sekarang satu pahlawan sudah tekad untuk menang, puak lain terpaksa membuat pengorbanan yang lebih besar untuk menyelamatkan diri dan dunia mereka.  




Asian Combat Sports
Setiap Malam Isnin 10PM
Saksikan perlawanan MMA terbaik di Asia seperti Kunlun Fight, Road FC dan TopKing pada setiap Isnin pukul 10 malam!

Asian Combat Sports
Setiap Isnin@ 10PM

Kunlun Fight 2018 Ep16
Siaran Perdana:  Isnin, 6 Ogos 10PM 
Julung Kali di Saluran KIX HD

Kunlun Fight 2018 Ep17 & Ep18
Siaran Perdana:  Isnin, 13 Ogos 10PM 
Julung Kali di Saluran KIX HD

TopKing 21 Thai Series 2
Siaran Perdana:  Isnin, 20 Ogos 10PM 
Julung Kali di Saluran KIX HD

Kunlun Fight 2018 Ep16 & 17
Julung Kali di Saluran KIX HD

Kunlun Fight 2018 Ep16 
Siaran Perdana: Isnin, 6 Ogos 10PM

Kunlun Fight 2018 Ep17 & Ep18 
Siaran Perdana: Isnin, 13 Ogos 10PM

Sukan tinju dan MMA dari China kini semakin mendapat sambutan hangat di seluruh dunia! Semenjak diperkenalkan pada Januari 2014, Kunlun Fight telah menjadi fenomena global dan telah menampilkan petinju-petinju MMA antarabangsa terkenal dalam setiap perlawanannya!



Road FC 049
$1 Million Tournament China
Siaran Perdana:  Isnin, 27 Ogos 10PM 
Julung Kali di Saluran KIX HD 
Express from Korea

Road FC 49
Julung Kali di Saluran KIX HD
Ditayangkan 48 jam dari siaran di Korea 
Siaran Perdana: Isnin, 27 Ogos 10PM 

Sukan MMA kini semakin mendapat sambutan di Korea Selatan, dan ROAD FC adalah salah satu perlawanan utama yang diminati ramai.




Girl Power
Setiap Sabtu Malam 9PM
Saksikan wanita-wanita hebat dalam empat filem aksi di bulan Ogos! Di sebalik kelembutan dan keayuan, mereka juga mampu beraksi dengan tangkas!


Twins Mission
Siaran Perdana: Sabtu, 4 Ogos 9PM 
Pengarah: Kong Tao Hoi 
Pelakon: Charlene Choi, Gillian Chung, Jian Wu,Sammo Hung, Yuan Hua, Zhang Qian
Dua ahli akrobat dari sekolah seni mempertahankan diri “Twins” perlu melindungi sebuah artifak yang mempunyai kuasa hebat daripada dicuri kumpuan penjahat.


Fight Valley
Siaran Perdana: Sabtu, 11 Ogos 9PM 
Pengarah: Rob Hawk
Pelakon: Susie Celek, Miesha Tate, Erin O'Brien 
Seorang wanita ditemui mati dibunuh selepas terlibat dengan pertandingan tinju haram. Kakaknya, Windsor nekad untuk berlatih dengan bekas petinju hebat dan menjejaki pembunuh adiknya..


Female Fight Club
Siaran Perdana: Sabtu, 18 Ogos 9PM 
Pengarah: Miguel A. Ferrer
Pelakon: Amy Johnston, Cortney Palm, Dolph Lundgren 
Seorang bekas peninju terpaksa kembali ke kancah perlawanan tinju demi untuk menyelamatkan adiknya daripada sindiket perlawanan tinju haram.




Divergent: Allegiant
Siaran Perdana: Sabtu, 25 Ogos 9PM 
Pengarah: Robert Schwentke 
Pelakon: Shailene Woodley, Theo James, Jeff Daniels
Setelah terjadinya kejadian Insurgent yang dahsyat, Tris perlu menyelamatkan diri daripada Four yang dikelilingi oleh Chicago. Dia akhirnya perlu berdepan dunia sebenar yang ternyata lebih mencabar.
.



Hari Raya Haji Movie Marathon
Rabu, 22 Ogos 8:45AM 
Hari Raya anda lebih ceria dengan filem-filem lakonan Vin Diesel dan Paul Walker!




Matt Damon Special
Jumaat, 31 Ogos 10:10AM 
Maraton Filem Hari Kemerdekaan Malaysia. Raikan Hari Merdeka dengan lima filem aksi lakonan Matt Damon! 


The Strain S4
Episod Baharu: Khamis 10PM
Julung Kali di Saluran KIX HD 
Pelakon: Corey Stoll, David Bradley, Mia Maestro
Musim keempat dan juga musim terakhir menyaksikan sembilan bulan telah berlalu. Dunia sedang melalui kejatuhan dan strigoi semakin berkuasa. Letupan pada penghujung season telah menyebabkan letusan nuklear global. Musim sejuk nuklear menjadikan strigoi lebih berkuasa kerana waktu siang lebih lama. Master berpeluang mewujudkan rejimnya yang tersendiri. 



Car Crash TV
Episod Baharu: Selasa  9PM
Julung Kali di Saluran KIX HD
Kami letakkan kamera di papan pemuka kereta untuk memberikan anda rakaman pemanduan yang mendebarkan di jalanraya-jalanraya di seluruh dunia. Semua kemalangan adalah sebagai pengajaran sahaja dan tidak melibatkan sebarang kematian.


[KREDIT: KIX HD]

Post a Comment

0 Comments