13 Ogo 2018

FARAH HAZEL, PESERTA PERTAMA TERSINGKIR DI BIG STAGE


FARAH Hazel menjadi peserta pertama yang tersingkir dalam persaingan program Big Stage yang dari Auditorium MBSA, Shah Alam, sebentar tadi.

Penyanyi yang juga kakak kepada Aiman Tidno ini menyanyikan lagu Cinta Tersimpul Rapi nyanyian asal Anis Suraya dan mendapat markah terendah, 53.3%.

Sementara itu, Sissy Imann kekal menduduki tangga teratas pada minggu ini dengan markah tertinggi, 80%.

Peserta diadili oleh barisan juri yang terdiri daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir, selain Tomok selaku juri undangan.




Dalam apda itu, salah seorang peserta Baby Shima mengejutkan ramai pihak apabila jatuh pengsan sebaik sahaja selesai melakukan persembahannya menerusi lagu Ku Tak Akan Bersuara. 

Biarpun pada mulanya yang menyangkakan ia hanyalah satu gimik, namun penyanyi ini benar-benar pengsan dan telah dibawa untuk mendapatkan rawatan di hospital yang berdekatan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan