28 Apr 2018

PELANCARAN KOLEKSI KASUAL, RAYA FABYVIANAA


SEBUAH pelancaran koleksi kasual dan raya keluaran butik Fabvianaa telah diadakan baru-baru ini di Platinum Lounge, MM Cineplexes, E-Curve, Mutiara Damansara. 

Majlis yang bertemakan glitz dan glamor ala Bollywood ini juga merupakan pelancaran web e-perdagangan terbaharu iaitu milik Puan Asyu Vianaa Mohd. Raffi iaitu www.fashioniv.com. 

Sebanyak 4 produk yang terdiri daripada pakaian, turban, beg tangan dan pakaian dalam telah dilancarkan di majlis yang penuh gemilang dihadiri oleh pereka-pereka fesyen tempatan, tetamu-tetamu kenamaan dan barisan artis ternama. 




Fabvianaa menyediakan koleksi pakaian wanita menggunakan kain sari yang diimpot daripada India. Menggunakan fabrik sari sebagai material utama, Fabvianaa membawa dimensi baru kepada fesyen etnik dengan menggabungkan gaya fesyen moden dan tradisi yang selesa dipakai di mana sahaja oleh wanita pelbagai lapisan umur dan latarbelakang. 

Koleksi yang cukup versatil ini juga boleh disuaipadan mengikut citarasa pemakai. Selain itu, butik Fabvianaa turut menyediakan perkhidmatan Penilaian Imej, pengubahsuaian pakaian, personal shopper, dan custom made. 

Menurut Puan Asyu Vianaa, koleksi Fabvianaa berazam untuk memperkasakan wanita muda agar berani, tabah dan yakin untuk menggapai apa-apa sahaja yang mereka mahukan dalam hidup dan menganggap fesyen sebagai ekspresi diri mereka terhadap kehidupan. 




Berdarah campuran Pakistan, rekaan bertemakan Bollywood memang dekat dengan diri Puan Asyu Vianaa yang dibesarkan dengan gaya hidup dan kebudayaan Bollywood. 

Kemuncak majlis minum petang itu adalah persembahan kejutan oleh kumpulan Hip Hop lagenda NICO G yang menyanyikan lagu popular mereka iaitu Inilah Nasibku. Kemeriahan digamatkan lagi dengan lelongan koleksi kasual dan raya Fabvianaa yang dipakai oleh model-model di pelancaran tersebut. 




Fakta Menarik 

  • KOLEKSI TURBAN | direka menggunakan material krepe dengan lipatan reben baldu. 
  • KOLEKSI BEG TANGAN | direka menggunakan material Jacquard, satin, Labuci (sekuin)
  • KOLEKSI PAKAIAN DALAM | direka menggunakan material lycra dengan piihan lengan panjang berleher tinggi ataupun tanpa lengan berleher tinggi. 
  • KOLEKSI PAKAIAN | direka menggunakan material Georgette eksklusif dengan panel bersulamkan benang emas dan perak bertahtakan permata dan mutiara. Koleksi pakaian menampilkan 2 gaya iaitu gaya kasual dan Raya. 


Untuk pembelian secara online, lawati www.fashioniv.com dan pilih Fabvianaa. 

[INFO & FOTO: Didz Squad Studio]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan