Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pesta Buku Selangor 2018, tawar buku menarik


JOM kita ke  Pesta Buku Selangor 2018 yang berlangsung selama 11 hari di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) , Shah Alam bermula dari 29 Mac sehingga 8 April 2018 bertemakan ‘membaca mencetus kreativiti’. Terdapat pelbagai aktiviti menarik sedang menunggu pengunjung disana.

Memasuki penganjuran kali ke-13 ini bakal menghimpunkan pelbagai karakter kartun daripada koleksi majalah kartun dan humor terbitan Bekazon. Karakter berkenaan akan ditampilkan dalam satu perkampungan kartun daripada kartunis majalah terkenal sekitar tahun 80an hingga 90an seperti Ujang, Apo dan Gempak seperti Tandori Payat, Joni dan Cupin. 




Di samping itu, pengunjung berpeluang memenangi hadiah misteri dengan menyertai peraduan ‘Standee Selfie’ daripada Bekazon dan Awang Khenit secara kreatif.

Pesta Buku Selangor 2018 pada kali ini mensasarkan penyertaan 100 penerbit buku termasuk penerbit buku antarabangsa dari Singapura dan United Kingdom. Ia turut mendapat kerjasama daripada rakan penerbit seperti Kumpulan Karangkraf, Ana Muslim, dan Bekazon. 


Post a Comment

0 Comments