Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tayangan Perdana Sedunia Filem Biografi Lee Chong Wei



FILEM biografi yang dinanti-nantikan, Lee Chong Wei bakal tampil buat pertama kalinya menerusi  tayangan perdana sedunia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 Mac 2018 depan. 

Acara ini akan menjadi tarikan kepada 30,000 penonton, termasuk para peminat, selebriti, tetamu khas dan VIP. Ia juga bakal mencecah rekod dan memasuki Malaysia Book of Records dengan para hadirin dan skrin LED gergasi.     




Datuk Wira Lee Chong Wei akan menghadiri tayangan perdana sedunia ini dengan kaum keluarganya. 

Datuk Joe Lee, selaku penerbit eksekutif, berkata bahawa Datuk Wira Lee Chong Wei akan menyaksikan filem ini buat pertama kali dengan 30,000 penonton. 




Para tetamu dan penonton akan menyaksikan acara karpet merah, bersama cabutan bertuah, persembahan lagu tema dan banyak lagi. Pengarah filem Teng Bee masih merahsiakan penyanyi lagu tema filem dan memaklumkan bahawa pengumuman akan dibuat tidak lama lagi.     

Filem Lee Chong Weibakal ditayangkan di pawagam pada 15 Mac 2018, di mana filem ini diedarkan oleh GSC Movies.

Post a Comment

0 Comments