19 Jan 2018

ADI PUTRA, BEKAS ISTERI KEMBALI BERSATU


DI SAAT dunia hiburan tanah air kecoh dengan pelbagai cerita panas yang menjadi bualan, peminat dikejutkan dengan berita gembira tentang pernikahan pelakon Datuk Adi Putra, 37, dengan bekas isteri pertamanya, Aida atau Zuhaidah Yusof, 43, pada Khamis.

Berita tersebut dikongsikan, Datuk Nurul Zahid yang juga merupakan anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Zahid Hamidi, menerusi ucapan tahniah yang ditulis sebagai kapsyen pada sekeping gambar yang dimuat naik di laman Instagramnya tengah malam semalam.

Dalam gambar yang dimuat naik itu, kelihatan Adi sedang menyarungkan cincin ke jari Aida sambil disaksikan beberapa orang yang lain.



“Salam tahniah dari Madinah buat @adpadiputra dan @aidayusof15... Proud of both of you. “Selamat pengantin baharu” ehhh... lama... eh .. Baharu... Ehh,” tulisnya.


Perkongsian itu disambut dengan ucapan tahniah dan doa agar jodoh pasangan ini berkekalan. Malah Adi juga dilihat turut memberikan respons di ruangan komen dengan menulis, “Syukran”.

Diikuti beberapa jam selepas itu, Adi turut melakukan perkara yang sama di akaun Instagramnya dengan memuatnaik gambarnya bersama Aida yang manis dalam persalinan sedondon berwarna putih.



“18.1.18 Continuity of 12 years. Syukur pada Allah dan terima kasih  pada yang hadir dan juga mendoakan buat saya dan @aidayusof15. Semoga Allah permudahkan urusan kita bersama sebagai Ummah. Amenn.”, tulis Adi.

Pasangan ini pernah berkahwin pada April 2006 dan mempunyai seorang anak angkat, Zara Adelia, 6.

Adi kemudiannya berkahwin lagi dengan Norshahida Dzolkifly, pada Jun 2016 dan tidak dikurniakan anak.

Bagaimanapun, pelakon ini mengejutkan banyak pihak apabila secara tiba-tiba memberitahu kepada umum dia tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan kedua-dua isterinya itu menerusi satu kenyataan yang ditulis di laman Instagram miliknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan