DISENARAIKAN sebagai perkhidmatan penstriman video tempatan nombor satu dan terbesar di Malaysia dengan lebih 7.4 juta pengguna, tonton mengorak langkah ekstra dengan menganjurkan acara Parti #RatedXtra di Zouk, Kuala Lumpur.
Lebih dari 300 barisan bintang ternama, para kenamaan, pengamal media dan selebriti media sosial hadir ke acara hari ini. Sesuai dengan tema ‘Alter Ego’, para tetamu hadir dalam penggayaan fesyen terbaik menyerikan acara gilang-gemilang ini.
Acara yang dihoskan oleh Hafiz Hatim (penyampai radio Fly FM) dan Zooey (hos Pop Bytes) ini
telah dimeriahkan dengan persembahan memukau termasuk beberapa pengumuman istimewa oleh Ben Jern Loh, Pengurus Besar, tonton.
Parti #RatedXtra turut menampilkan wajah tonton iaitu Ayda Jebat, Redza Rosli dan ThomasJack (penyanyi sensasi YouTube Malaysia); selain barisan pelakon utama drama bersiri popular Titian Cinta iaitu Farah Nabilah dan Daler Yusuf serta JinnyBoy dan Reuben, sensasi YouTube popular Malaysia.
#TERIMAKASIHMALAYSIA
Harga Terhad Istimewa, Kandungan Definisi Tinggi (HD), Smart TV, Modem OTT Android & Tontonan Sosial
Pelanggan VIP kini menikmati potongan diskaun 50% untuk SEUMUR HIDUP menerusi langganan pakej Superhero di aplikasi tonton sebelum promosi berakhir pada 31 Disember 2017. Pelanggan boleh melanggan menerusi aplikasi tonton di laman web tonton.com.my.
Pengalaman tontonan di rumah anda
Bagi menjadikan pengalaman tontonan lebih menarik dan capaian meluas di skrin besar, tonton kini boleh diakses di platform SMART TV (model terkini LG, Samsung dan Panasonic) dan modem OTT Android (untuk kesemua TV yang menyokong sistem Android termasuk SMART TV yang menyokong sistem operasi Android TV) bermula Januari 2018.
Tontonan Sosial
Tonton adalah perkhidmatan penstriman video OTT ulung di rantau ini yang bakal memperkenalkan teknologi Camment pada suku pertama tahun 2018. Pengenalan teknologi Camment di tonton membolehkan interaksi sembang sosial sehingga ke 6 pengguna pada satu-satu masa selain ciri pengesan suara di dalam sistem memacu capaian terhadap pemasaran bisnes pintar.
Teknologi yang menyokong pemasaran sosial pintar, membolehkan jenama bekerjasama dengan platform untuk pengiklanan kandungan yang relevan berdasarkan interaksi yang dibuat antara pengguna menerusi fungsi pengesan suara.
“Kami sangat teruja memperkenalkan Camment ke pasaran Malaysia. Dengan bilangan penonton yang meluas dan kerjasama pasukan yang berinovasi, tonton adalah rakan kongsi yang hebat. Menerusi kerjasama ini kami berharap penonton akan dapat menikmati lebih banyak faedah,” ujar Tomi Kaukinen, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama Camment.
#HEBAHANXTRA
Kerjasama TM, DiGi, dimsum & EROS NOW
Portal video tonton turut mengumumkan kerjasama strategik dengan pembekal kandungan Hypp TV, dimsum, iflix dan EROS selain usahasama dengan pembekal telekomunikasi, DiGi. Kerjasama ini menawarkan akses tontonan yang lebih meluas untuk kandungan urban, program berbahasa Cina / Korea / Thailand serta Bollywood.
“Tahniah diucapkan kepada tonton di atas kejayaan yang hebat. Kami di dimsum amat teruja bekerjasama dengan tonton, portal video no 1 di Malaysia. Pastinya bersama tonton, kami mahu menawarkan kandungan integrasi yang terbaik kepada penonton,” menurut Lam Swee Kim, Ketua Pegawai Pemasaran, Dimsum.
“Kami nekad dalam usaha mencapai misi meluaskan capaian pasaran global menerusi kolaborasi bersama syarikat ternama seperti Media Prima Berhad. Dengan lebih 2 juta populasi penduduk India di Malaysia dan juga permintaan yang luar biasa daripada penonton yang mahukan kandungan Bollywood dan India, peminat di Malaysia kini dapat melayari kandungan premium Eros Now di Asia menerusi tonton,” menurut Rishika Lulla singh, Ketua Pegawai Eksekutif, Eros Digital.
Dapatkan tonton VIP secara PERCUMA dengan HyppTV!
Menerusi kolaborasi bersama Telekom Malaysia, pelanggan pakej Aneka, Ruby dan Jumbo di HyppTV bakal menikmati pakej langganan tonton VIP secara PERCUMA bermula 2018 kelak.
Tonton VIP + tambahan data Digi!
Kolaborasi tonton bersama DiGi menerusi ‘DiGi Video Freedom’ membolehkan pelanggan membayar serendah RM5 untuk data tontonan sehingga 5GB tanpa had. Pelanggan Digi kini boleh membuat langganan dan menikmati tawaran hebat bermula 1 Januari 2018.
“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan tonton melalui Digi Video Freedom. Kami amat berbesar hati dan berbangga kerana tonton merupakan video penstriman utama dan terbesar di Malaysia. Justeru, kami menawarkan harga yang berpatutan iaitu sebanyak RM5 sebulan dengan tambahan data internet sebulan 5GB dan servis langganan.
Dengan tambahan pustaka tonton ke dalam Video Freedom, kami kini menawarkan seluruh rangkaian hiburan tempatan kepada pelanggan Digi terus di kediaman mereka," menurut Prashant Pathmanaban, Ketua Produk dan Perkhidmatan Digi.
HEBAHAN KANDUNGAN
GOASEAN, JinnyboyTV, The Ming Thing
GOASEAN
Tonton berbangga mengumumkan sambungan capaian ke kandungan GOASEAN, sebuah platform video berkenaan gaya hidup dan kembara untuk tahun 2018; seterusnya menyaksikan lebih banyak kandungan di pustaka tonton.
“GOASEAN teruja memperkenalkan siri GOASEAN Originals yang telah memenangi anugerah pelancongan & gaya hidup.
Pasukan GOASEAN telah mengembara ke seluruh rantau dalam membawakan kandungan informatif dan menghiburkan melalui 17 siri original, dengan lebih 60 jam kandungan berdefinisi tinggi termasuk 3 rancangan baharu serta lebih banyak kandungan pada tahun 2018.
GOASEAN yakin bahawa penggunaan kandungan multiplatform adalah cara yang terbaik untuk mempromosikan destinasi, masyarakat dan cerita ASEAN yang luar biasa kepada lebih ramai penonton dalam menggalakkan pembangunan industri pelancongan di Asia Tenggara.
Kerjasama ini membolehkan peminat kami untuk terus menonton GOASEAN Originals di platform di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa serta akses di telefon bimbit, tablet atau SMART TV.” ujar Edwin Raj, Naib Pengerusi GOASEAN
By MY Side & JinnyboyTV
By MY Side, sebuah filem kolaborasi eksklusif tonton dan JinnyboyTV kini boleh dimuat turun di iTunes (akses seluruh dunia) dan siaran filem penuh di tonton (Malaysia sahaja) bermula HARI INI!
Meneruskan lagi kesinambungan kerjasama, JinnyboyTV turut mengumumkan penghasilan siri TV eksklusif di tonton untuk tahun 2018 kelak.
The Ming Thing
tonton turut mengumumkan kolaborasi bersama The Ming Thing, saluran YouTube Bahasa Inggeris terulung di Malaysia untuk menghasilkan siri original tonton menjelang April 2018.
PELANCARAN XTRA
INSPIRASI SANTAI WEIRDO SELEB HOT LEPAK MOVIE FOODIES TRAVELOG
www.xtra.com.my
PENGUMUMAN xtra! - tonton mengumumkan pelancaran portal hiburan dan gaya hidup terkini dengan sajian LIVE TV PERCUMA, berita hiburan terkini, perkembangan sensasi serta kisah viral dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin.
LEBIH 20,000 JAM HIBURAN PERCUMA!!!
Kemuncak acara menyaksikan pengumuman istimewa - Lebih 90 peratus kandungan di tonton kini dapat diakses secara PERCUMA bermula hari ini, 8 Disember 2017 untuk pengguna tonton di Malaysia. Alami variasi pengalaman tontonan meluas termasuk berita, perkembangan sukan, hiburan, kandungan premium serta rancangan klasik secara PERCUMA, memastikan pengalaman tontonan yang lebih menarik selain kemudahan siaran episod secara terus-menerus (‘binge-watch’).
“Menerusi kejayaan yang dicapai oleh tonton pada tahun ini, kami amat yakin dan positif bahawa lebih banyak peluang kejayaan menanti tonton pada masa hadapan. Kami akan terus menyajikan kandungan rancangan berdefinisi tinggi (HD) kepada para pelanggan.
“Menerusi pelbagai kerjasama strategik yang diumumkan hari ini serta pelancaran xtra, portal hiburan dan gaya hidup sensasi; tonton mahu terus mengekalkan reputasi sebagai penyedia perkhidmatan penstriman video tempatan nombor 1 di Malaysia di seluruh rantau kelak.” Airin Zainul, Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad.
DAFTAR SEBAGAI VIP TONTON!
Bermula 1 November 2017, langgan tonton VIP dari serendah RM3 setiap hari dan nikmati pakej bulanan dengan hanya RM5 (harga asal RM10); atau nikmati pengalaman tontonan sepanjang tahun hanya RM48 (harga asal RM96)!
Pakej tonton VIP menawarkan akses tanpa had ke lebih 30,000 jam kandungan hiburan dan pengalaman video bebas iklan.
Untuk maklumat lanjut, sila ikuti kami di platfom media sosial:
Facebook: tontonMY
Twitter: tontonMY
Instagram: tontonMY
Hashtag #tontonMY #tontonMacamVIP
Anda juga boleh menghubungi kami di LIVE chat service atau di talian 03-2717 2020!
0 Comments