9 Dis 2017

KAHWIN KALI KEEMPAT, TAUKE JAMBU KEMBALI BERGELAR SUAMI


JIKA semalam pelawak Abam telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya sebagai suami isteri, hari ini tiba giliran Tauke (Jambu) pula yang melalui majlis ijabkabul.

Selepas lima tahun hidup menduda, Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, 41, memilih Nadia Mohd Affendi, 28, sebagai suri hidupnya.

Hanya dengan sekali lafaz, pasangan ini sah bergelar suami isteri menerusi acara ijabkabulkan yang dilaksanakan oleh Jurunikah Masjid Al'ltisam TTDI Jaya, Mohd Fairus Shuaib yang berlangsung di De'Laman Event Space, Bukit Jelutong kira-kira jam 11.55 pagi tadi.




Dalam upacara tersebut pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 beserta wang hantaran RM30,000. Tidak ketinggalan lima dulang hantaran dan berbalas tujuh dari pihak perempuan.

Majlis resepsi buat pasangan pengantin akan berlangsung pada sebelah malam hari yang sama dan bertempat di lokasi yang sama.

Ini merupakan perkahwinan Tauke kali keempat dan mempunyai enam orang anak daripada perkahwinan terdahulu.

Selamat pengantin baru!

Tiada ulasan:

Catat Komen