Hot Posts

6/recent/ticker-posts

AKHIRI ZAMAN BUJANG, ABAM KINI SUAMI ORANG


SELAMAT pengantin baru Abam dan pasangan, semoga berbahagia hingga ke Jannah.

Akhirnya Abam (Bocey) atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 29, bertemu jodoh dengan gadis pilihannya, Siti Nurhidayah Mohd Ali, 26.




Hanya dengan sekali lafaz, Abam sah bergelar suami kepada Nurhidayah menerusi upcara ijabkabul yang disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Sabak Bernam, Ustaz Kamal  Salan sekitar jam 5.35 petang tadi.

Pada upacara yang sama, pengantin lelaki telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3000 beserta wang hantaran berjumlah RM13,888,00. Tidak ketinggalan pengantin lelaki turut menghadiahkan sembilan dulang hantaran dan berbalas 11 daripada pihak perempuan.




Selain itu, penganti perempuan juga menerima seutas rantai leher emas sebagai hadiah perkahwinan daripada pengantin lelaki.

Turut hadir dimajlis bersejarah pasangan pengantin ini adalah rakan baik Abam sendiri iaitu Fad, Achey dan Ali Puteh selain lebih 100 tetamu lain.

Selamat pengantin baru!  

Post a Comment

0 Comments