Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Selebriti popular kembali berlumba di litar



SELEPAS Pulau Pinang, pusingan kedua Karnival TGR akan diadakan di Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS) Selangor pada 25 dan 26 November 2017 ini. 

Pengunjung bakal disajikan dengan pelbagai aksi yang menarik dan mencabar termasuklah perlumbaan yang menampilkan briasan selebriti popular tempatan seperti Fattah Amin, Shukri Yahaya, Diana Danielle, Janna Nick, Geraldine Gan, Danny Koo, Venice Min dan Shawn Lee.




Mereka bakal berentap sesama sendiri dalam kategori promosi Vios Challenge di mana semestinya masing-masing ingin menampilkan aksi terbaik dan bergelar juara.

Perlumbaan Vios Challenge membabitkan 40 buah Toyota Vios lengkap dengan spesifikasi lumba dan setiap perlumbaan mengambil masa 25 minit. 




Selain promosi, Vios Challenge dibahagikan kepada dua lagi kategori lain iaitu Sporting dan Super Sporting. Kategori Sporting disertai 18 pemandu termasuk mereka yang menamatkan pembelajaran di Vios Challenge Racing School. 

Pelbagai aktiviti lain turut menggamit pengunjung termasuk persembahan tarian, sorakan, artis berkumpulan dan permainan santai . 

Apa yang penting, masuk ada;ah percuma!!! So, jangan lepaskan peluang ini untuk bersama-sama mereka di sana.



Post a Comment

0 Comments