22 Nov 2017

KARYA SENI VAN BERLUMPUR


SENI itu boleh terjadi dan terhasil dalam bentuk dan cara apapun menerusi  kreativiti seseorang. Begitu jugalah dengan seni yang dihasilkan dari van berlumpur ini.

Hasil kreatif seorang artis seni yang menghasilan karya-karya seni lukisan di atas permukaan van yang berlumpur ini sangat mengkagumkan dan mencuri perhatian ramai.




Ricky Minns, 42, atau lebih dikenali sebagai Ruddy Muddy, menggunakan keativiti jari-jarinya untuk menghasilkan karya menarik hanya dengan van yang berlumpur. 

Rudy telah melukis beberapa potret  individu popular seperti Prince Harry, Mona Lisa Leonardo Di Vinci, Perdana Menteri Teresa May, ahli politik Parti Buruh Jeremy Corbyn dan lain-lain. 




Baru-baru ini Rudy juga menarik perhatian apabila tampil dengan karya tribute untuk mengenang Bruce Forsyth selepas kematian bintang TV itu. Dia yang merupakan seorang penghantar bunga mula melukis di belakang van semenjak 11 tahun lalu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan