Hot Posts

6/recent/ticker-posts

ZAHEEN YUSOF, FOUZIAH GOUS UMUM NAMA CAHAYA MATA KEDUA


PELAKON Fouziah Gous yang baru sahaja selamat melahirkan cahaya matanya keduanya 9 November lalu, hari ini mengumumkan nama bayi lelakinya di laman Instagramnya hari ini.

Bayi comel yang dilahirkan dengan berat 3.04kg di di sebuah pusat perubatan terkenal di Shah Alam itu diberi nama Zaheen Yusof bin Md Zhafran.

Menerusi kapsyen yang disertakan bersama foto terkini bayinya itu, Fouziah turut berkongsi mengucapkan terima kasih atas segala doa dan ucapan tahniah yang diberikan kepadanya semenjak bersalin tempohari.

Malah, pelakon yang cantik ini turut berkongsi keadaan kesihatan dia dan bayinya yang dalam keadaan yang sihat walafiat.

Fouziah yang telah mendirikan rumah tangga pada September 2013 ini juga dikurniakan anak sulung lelaki yang bernama Muhammad Zeeshan yang bakal menginjak ke usia 2 tahun pada 26 November ini.

Tahniah sekali lagi buat Fouziah dan suami, semoga semuanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Amin..

Post a Comment

0 Comments