Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Jatuh lagi.. ranking terkini pasukan Harimau Malaya


KEDUDUKAN pasukan bola sepak Malaysia sekali lagi menjunam dalam rangkin Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) apabila jatuh ke tangga 174 dalam ranking terbaru yang diumumkan oleh badan induk dunia itu.

Apa yang lebih mengecewakan, kedudukan ini dikatakan sebagai yang terburuk pernah diduduki pasukan kebangsaan berbanding sebelum ini.




Skuad bimbingan jurulatih kelahiran Portugal, Nelo Vingada itu jatuh empat anak tangga berbanding kedudukan ke-170 pada bulan lalu selepas mengalami kekalahan dua kali berturut-turut. 

Difahamkan semenjak dilantik ketua jurulatih Harimau Malaya pada Mei 2017, Vingada gagal meraih sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan yang disertai  skuad kebangsaan.




Untuk rekod, kedudukan ranking terbaik pernah dicapai Malaysia ialah di kedudukan ke-75 pada tahun 1993 dan ke-89 dunia pada tahun 1994.

Apapun semoga kita terus memberikan sokongan kepada pasukan bola sepak negara dan diharapkan keadaan ini dapat diatasi dengan sebaik yang mungkin. #MalaysiaBoleh.

Post a Comment

0 Comments