Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Jambatan Darul Hana, simbol ikonik terbaharu Sarawak


JAMBATAN Darul Hana, satu lagi mercu tanda ikonik untuk negeri Sarawak telah dirasmikan tepat 11 malam, pada 11 November lalu dengan pertunjukkan bunga api berirama yang memukau.

Acara penuh makna ini telah dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dengan disaksikan ribuan penduduk sekitar.

Menghubungkan bahagian pusat bandar raya Kuching di sebelah utara dan selatan, jambatan sepanjang 335 meter ini  berteraskan dua batang tiang dan disokong dengan kabel dibina menyeberangi Sungai Sarawak selebar 200 meter.




Pembinaannya  menyerlahkan keindahan keindahan kedua-dua tebing dari tengah perairan Sungai Sarawak.

Menariknya, jambatan ini dibina khas untuk kemudahan pejalan kaki yang menghubungkan Kuching Utara dan Kuching Selatan  dengan rekaan seperti huruf  'S' bagi memudahkan aktiviti perkapalan melaluinya, selain menggambarkan imej sungai Sarawak.

Pelengkap kepada Tebingan Kuching ini mula dibina pada tahun 2013 dengan kos keseluruhan RM35 juta. 

Post a Comment

0 Comments