Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TENTANG DIA - SANGEETA KRISHNASAMY


NAMA Sangeeta Krishnasamy mula menjadi sebutan dan dikenali ramai  kemunculannya dalam filem Adiwiraku, membawakan watak sebagai Cikgu Cheryl yang disifatkan  sebagai jujur dalam lakonannya sehingga memberikan impak yang begitu besar kepada filem tersebut.

Malah menerusi filem itu juga, Sangeeta mendapat  pengiktarafan tertinggi di Festival Filem Malaysia dan kini menjadi buruan pelbagai pihak yang mahu menjalinkan kerjasama dengannya sekaligus menyaksikan dia bakal aktif dalam pasaran industri seni Melayu selepas ini.



  • Berasal dari Kepong, Kuala Lumpur. 
  • Merupakan seorang yang fasih berbahasa Tamil, Inggeris dan Melayu. Bahasa pertuturannya di rumah bersama ibu bapa adalah Inggeris dan bersama adik-beradik pula dalam bahasa Melayu.
  • Anak kedua daripada empat orang adik beradik.
  • Seorang Vegetarian.
  • Sebelum bergelar pelakon, pernah menjadi guru tuisyen bahasa Inggeris.


  • Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang Undang dari University of London.
  • Merupakan rakan baik kepada pelakon Raja Ilya.
  • Selain aktif sebagai pelakon, turut aktif sebagai model dan TV Host
  • Iklan pertama yang menampilkan wajahnya adalah untuk kempen Nikon Online.
  • Antara iklan TV Sangeeta ialah Loreal Hair, Nikon, Tourism, SPS Jeweries dan lain-lain. 


  • Amat meminati dunia teater dan mengakui pada awalnya mahu aktif sebagai pelakon teater.
  • Pernah mengikuti kursus pendek dalam bidang lakonan teater selama 10 minggu bersama Faridah Merican dan Joe Hisham di KLPAC.
  • Mula aktif dalam bidang lakonan pada tahun 2009, namun nama mula dikenali sekitar tahun 2011.


  • Aktress Malaysia pertama yang berlakon dalam filem Kollywood menerusi Venkat Prabhu.
  • Filem lakonannya Vennira Iravugal (2014) mendapat sambutan baik penonton dan berjaya menaikkan namanya dalam industri filem Tamil. 
  • Filem ini juga menjelajah ke beberapa Festival sekitar Eropah dan memenangi Anugerah Khas Juri di Festival Filem Norway pada tahun 2014.
  • Pernah mencipta kenangan manis di majlis Anugerah Malaysian Kalai Ulagam Awards (2015) apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik bagi dua kategori berbeza iaitu kategori Filem dan TV.



  • Adiwiraku merupakan filem Melayu pertama lakonan Sangeeta daripada 12 buah filem lakonannya. 
  • Pernah membintangi lebih 10 buah drama Tamil popular. Antaranya Menippu (2009), Bangsar Villa's (2010), Natpu Natpu (2011), Last Chance (2012), Unarvu (2014), Maunam (2015) dan lain-lain.
  • Merupakan pelakon berbangsa India pertama yang memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia.
  • Dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik dalam dua majlis anugerah berbeza dalam bulan yang sama iaitu Festival Filem Malasyia ke-29 dan Majlis Anugerah Pengkritik Filem 2017.


  • Merupakan wajah baru yang diperkenalkan dalam siri popular, Oh My English musim terbaru, Oh My English, Level Up.
  • Imej sebagai guru kekal pada dirinya selepas memebintangi filem Adiwiraku sehingga kerap disapa sebagai cikgu Sangeeta sehingga kini.
  • Suka watak-watak yang bakal memberi cabaran dari sudut fizikal.
  • Pernah bergelar finalis Pertandingan Ratu Cantik Miss Malaysia India



  • Fobia kepada sesi uji bakat dan pernah menolak tawaran berlakon hanya kerana perlu menghadiri uji bakat.
  • Belajar bahasa Tamil daripada mendiang neneknya, kerana kedua ibu bapa tidak tahu berbahasa Tamil dan lebih cenderung kepada bahasa Inggeris.
  • Mempunyai hobi memasak dan pakar memasak untuk pelbagai menu.
  • Peminat setia dan suka membaca buku tulisan Ellen DeGeneres.



  • Suka kepada kerja-kerja amal dan pernah beberapa kali memohon untuk menyertai dan menjadi ahli sukarelawan program United Nation.
  • Keluarga tidak begitu menyokong keputusannya untuk membina kerjaya secara sepenuh masa dalam bidang lakonan kerana mahu dia memepraktikkan pendidikannya dalam bidang undang-undang, namun selepas beberapa siri kejayaan yang diraihnya, ia mula mengubah persepsi keluarganya.
  • Seorang yang sangat simple dan suka bergaya ringkas jika tidak terlibat dengan sebarang urusan atau aktiviti seni.

Post a Comment

0 Comments