Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Undang-undang pelik di dunia


UNDANG-UNDANG merupakan satu garis panduan yang digunakan oleh masyarakat bertamadun untuk mendisiplinkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang. Setiap negara mempunyai undang-undang sendiri. 

Namun, tahukan anda ada di antara undang-undang yang dibuat itu amat pelik dan tidak masuk akal sama sekali. Jom kita tengok apa yang peliknya dengan peraturan yang m reka gariskan ini.



ALASKA: Anda dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.




ARIZONA, AMERIKA: Pemandu dilarang sama sekali memandu tanpa kasut dan hukuman mati akan dikenakan bagi sesiapa pun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.




AUSTRALIA: Percaya atau tidak, adalah menjadi kesalahan jika anda mengangkat telefon pada deringan pertama.




BANGLADESH, kanak-kanak berumur 15 tahun dan ke atas boleh dipenjarakan sekiranya mereka didapati meniru semasa peperiksaan sedang dijalankan.




CHELYABINSK, RUSIA: Memandu kereta yang kotor adalah satu kesalahan di sisi undang-undang dan pemandu akan dikenakan bayaran denda jika melanggar peraturan ini.




FLORIDA: Sesiapa sahaja dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 atau hari Khamis. Jika ada yang berbuat demikian, anda akan disifatkan sebagai mengacau orang awam.




JERMAN: Kehabisan minyak semasa memandu adalah satu kesalahan. Jika kenderaan anda kehabisan minyak, anda perlu membunyikan hon untuk menarik perhatian umum. Jika gagal, anda akan didenda sehingga RM400 kerana membahayakan pemandu lain.




KANADA: Anda dilarang untuk menampal plaster luka di tempat umum, menyiram tananam di kebun pada waktu hujan dan juga dilarang memanjat pokok.




KOREA SELATAN: Polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima daripada para pemandu yang ditahan.




MEXICO: Anda dilarang memaki hamun di tempat umum.




SINGAPURA: Jika anda tidak flush tandas setelah menggunakannya, anda boleh dikenakan denda.




SWEDIA: Anda adalah dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan  dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi daripada pihak berwajib.




SWISS: Anda dilarang sama sekali berkebun di hari minggu.



SWITZERLAND: Mengepam tandas selepas pukul 10.00 malam di bangunan flat adalah dilarang sama sekali. Kerajaan negara itu menganggap tindakan itu sebagai 'pencemaran bunyi'.




THAILAND: Adalah satu kesalahan jika anda keluar dari rumah tanpa memakai seluar dalam.



UNITED KINGDOM: Anda dilarang menjual sayuran di hari minggu dan kaum wanita dilarang untuk makan coklat di tempat umum.



VERMONT, AMERIKA: Seorang isteri perlu meminta kebenaran bertulis daripada suami untuk memakai gigi palsu.




VICTORIA, AUSTRALIA: Hanya jurulektrik yang berkelayakan sahaja dibenarkan untuk menukar mentol lampu. Walaupun di rumah sendiri, anda dilarang sama sekali untuk menukar mentol tersebut sekiranya anda bukan seorang juruelektrik. Jika ingkar, anda boleh dikenakan denda sebanyak 10 Dolar Australia.




WASHINGTON: Anda dilarang untuk menyusu anak di tempat awam.


Bagaimana kalau ada di antara peraturan ini turut dilaksanakan di Malaysia???


Post a Comment

0 Comments