20 Okt 2017

LANGIT JINGGA KOTA LONDON


PADA Isnin lalu 16 Oktober 2017 warga kota London, England di kejutkan dengan fenomena langit berwarna jingga secara tiba-tiba. Ia membuatkan warga London hairan dengan kejadian ini

Fenomena ini berlaku selepas Ribut Ophelia melanda Eropah. Sebenarya bukan sahaja London, tetapi kejadian yang sama juga berlaku di Manchester, Liverpool dan kawasan lain di sekitar London.

Fenomena ini menjadikan kawasan ditutupi dengan langit jingga, dan secara beransur-ansur menjadi kuning pada waktu petang. 




Menurut beberapa pakar, penyebab fenomena langit jingga berkait rapat dengan Ribut Ophelia dan kebakaran hutan yang berlaku di Eropah dan Afrika.

Udara yang dibawa dari kawasan selatan Eropah dan Afrika mengandungi banyak habuk dan zarah debu yang menyekat matahari menyebabkan fenomena ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan