Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Crocodile Hunter, kini bersama pewaris Steve Irwin


CROCODILE Hunter, sebuah program dokumenteri mengenai perihal haiwan-haiwan liar terkenal akan kembali lagi ke kaca TV. 

Kali ini balu Irwin, Terri dan anak mereka, Bindi 19, dan Robert 14, bakal muncul semula menerusi saluran Animal Planet mulai tahun depan selepas 11 tahun pemergian Steve Irwin.

Sejak pemergian Steve Irwin, keluarga itu meneruskan kerja pemuliharaan alam sekitar di Australia, menguruskan zoo serta memelihara haiwan liar dan menyelamatkan haiwan terancam di seluruh dunia. 




Steve Irwin 44, meninggal dunia pada September 2006 selepas ditikam ekor ikan pari yang menembusi jantungnya ketika penggambaran Crocodile Hunter. 

Semoga program musim baru ini juga sehebat ketika zaman bapanya di mana  ia pernah menjadi fenomena di seluruh dunia. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments