Hot Posts

6/recent/ticker-posts

IDAYU, JUARA AF MEGASTAR


IDAYU, menepati ramai ramai apabila dinobatkan sebagai Juara AF Megastar menewaskan empat finalis lain iaitu Bob, Marsha Milan, Syamel dan Shahir dengan pungutan markah 59.9 peratus.

Kemenangan ini melayakkan Idayu  menerima hadiah berupa wang tunai RM100,000, pakej percutian 10 hari ke Turki, e-Gift bernilai RM6,000 tajaan Go Shop serta Trofi.

Idayu  juga memenangi Megastar Pilihan Raku hasil undian penonton dan membawa pulang wang tunai RM1,000.


AG Megastar yang berlangsung di Royale Theatre Shah Alam, Selangor  malam tadi menyaksikan Idayu tampil dengan persembahan yang cukup mempersona menerusi lagu My All nyanyian asal Mariah Carey dan Selamanya, sebuah lagu baru ciptaan Amylea Azizan. 

Dalam pada itu, Syamel memenangi anugerah The Ultimate Performer dengan membawa pulang e-Gift bernilai RM3,000 tajaan Go Shop, manakala Marsha pula diangkat sebagai penerima anugerah Persembahan Terlajak Laris D’Herbs dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000.



Apa yang menariknya, AF Megastar hanya mengumumkan juara sahaja dan tidak ada tempat kedudukan tempat kedua, ketiga dan seterusnya.

Finalis  AF Megastar diadili menerusi 60 peratus markah daripada juri dan 40 peratus lagi menerusi undian penonton. 

Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat bertindak sebagai juri tetap, sementara Datuk Awie sebagai juri jemputan.

AF Megastar yang bersiaran selama lapan minggu ini dihoskan oleh Datuk Aznim Hj Nawawi.

Post a Comment

0 Comments