Hot Posts

6/recent/ticker-posts

FESTIVAL TARI MALAYSIA 2017, CAPAI MATLAMAT


FESTIVAL Tari Malaysia 2017 (FTM2017) yang berlangsung selama dua hari pada 20 & 21 Oktober di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), melabuhkan tirainya dengan menobatkan juara dari tiga kategori berbeza yang dipertandingkan iaitu Tarian Tradisional, Tarian Rampaian Tradisional dan Tarian Moden.

Kumpulan Energetic Life Media (Sarawak) yang mempertaruhkan persembahan Ule Nugan dinobatkan sebagai juara bagi kategori Tarian Tradisional, selain turut memenangi Busana Terbaik.

Sementara untuk kategori Tarian Rampaian Tradisional pula dimenangi oleh kumpulan Anak Dalam Gading (Sarawak) menerusi persembahan tari bertajuk Teduhan Kasih. Koreografer kumpulan ini turut diangkat sebagai diangkat sebagai Koreografer Terbaik untuk kategori ini.

Bagi kategori Tarian Moden pula, kumpulan Gunjila (Sabah) berjaya mengetepikan saingan mereka apabila diangkat sebagai juara dan juga memenangi kategori Koreografer dan Busana Terbaik.

Sebanyak 15 buah kumpulan daripada tiga kategori, terpilih untuk bersaing di peringkat akhir selepas menewaskan saingan mereka di peringkat awal di mana sejumlah 78 kumpulan turut bertanding.





Persembahan para peserta di peringkat akhir FTM2017 diadili oleh tiga orang juri profesional iaitu Datin Sharifah Mahani Syed Kassim (Mak Ngah), Umesh Shetty dan Anthony Meh.  

Antara kumpulan bertanding dalam kategori Tarian Tradisional ialah Kumpulan Rentak Seni (Selangor), Kumpulan Sri Tari Tanjung (Terengganu), Kumpulan Energetic Life Media (Sarawak), Kumpulan Jastera Entertainment (Kelantan) dan Kumpulan Taman Seni Budaya (Johor).

Sementara peserta kategori tarian Rampaian Tradisional pula terdiri daripada Kumpulan Nyala Dance Theatre (Kuala Lumpur), Kumpulan Anak Dalam Gading (Sarawak), Kumpulan Kasuma Tari (Sarawak), Kumpulan Kesenian Pewaris (Terengganu) dan Kumpulan Legasi (Kuala Lumpur).

Tidak ketinggalan kategori Tarian Moden pula diwakili oleh Kumpulan Aha Crew (Melaka), Kumpulan The Flexible Crew (Sabah), Kumpulan Nyala Dance (Kuala Lumpur), Kumpulan Gunjila (Sabah) dan Kumpulan 2Twenty2 Squad (Negeri Sembilan).






Selain menyaksikan persembahan daripada peserta yang bertanding, penonton Festival Tari Malaysia 2017 juga dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada pelakon Wan Maimunah (sebelum ini merupakan artis tari budaya Kompleks Budaya Negara), Suhaili Micheline, Artis Tari Istana Budaya, Vivace Danz World, Kumpulan Kesenian JKKN dan Kumpulan Permata Tari Seni, Kumpulan Penari Aswara dan Persatuan Orang Kurang Upaya Anggota Melayu Malaysia.     

Festival Tari Malaysia yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) ini diadakan secara dwi tahunan dan mendapat sambutan  daripada seluruh penggiat seni tari tanah air.




Tahniah kepada semua pemenang, semoga terus menyumbang untuk memajukan industri seni tari tanahair.


SENARAI PEMENANG FESTIVAL TARI MALAYSIA 2017


KATEGORI TARIAN TRADISIONAL

Juara
Kumpulan Energetic Life Media : Ule Nugan (Sarawak)
RM7,000, Trofi & Sijil Penyertaan

Naib Juara
Kumpulan Taman Seni Budaya : Kuda Kepang (Johor)
RM5,000, Trofi & Sijil Penyertaan

Tempat Ketiga
Kumpulan Sri Tari Tanjung : Rodat Masih Ada Yang Sayang (Terengganu)
RM3,000, Trofi & Sijil Penyertaan

Koreografer Terbaik
Kumpulan Energetic Life Media (Sarawak)
RM500, Trofi & Sijil Penyertaan

Busana Terbaik
Kumpulan Energetic Life Media (Sarawak)
RM1,000, Trofi & Sijil Penyertaan



KATEGORI TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL

Juara
Kumpulan Anak Dalam Gading : Teduhan Kasih (Sarawak)
RM7,000, Trofi & Sijil Penyertaan


Naib Juara
Kumpulan Nyala Dance Theatre : Rampaian Inang & Joget (Kuala Lumpur)
RM5,000, Trofi & Sijil Penyertaan


Tempat Ketiga
Kumpulan Kesenian Pewaris : Tari Pautan Kasih (Terengganu)
RM3,000, Trofi & Sijil Penyertaan

Koreografer Terbaik
Kumpulan Anak Dalam Gading (Sarawak)
RM500, Trofi & Sijil Penyertaan

Busana Terbaik
Kumpulan Nyala Dance Theatre (Kuala Lumpur)
RM1,000, Trofi & Sijil Penyertaan



KATEGORI TARIAN MODEN

Juara
Kumpulan Gunjila : Life & Love (Sabah)
RM7,000, Trofi & Sijil Penyertaan


Naib Juara
Kumpulan 2Twenty2 Squad : Nothing (Negeri Sembilan)
RM5,000, Trofi & Sijil Penyertaan


Tempat Ketiga
Kumpulan The Flexible Crew : The Joker (Sabah)
RM3,000, Trofi & Sijil Penyertaan

Koreografer Terbaik
Kumpulan Gunjila (Sabah)
RM500, Trofi & Sijil Penyertaan

Busana Terbaik
Kumpulan Gunjila (Sabah)
RM1,000, Trofi & Sijil Penyertaan


ANUGERAH KHAS: TOKOH TARI FTM 2017
Ramli Ali (Sarawak) 


Post a Comment

0 Comments