Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SITI NURHALIZA KINI BERGELAR DATUK SERI


TAHNIAH daripada kami di Read8Space kepada Datuk Siti Nurhaliza yang baru sahaja dikurnikan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri hari ini.

Penganugerahan ini bersempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan yang berlangsung awal pagi tadi.

Semoga gelaran ini dapat mencetuskan inspirasi dan menyumbangkan sesuatu yang lebih bermakna kepada kerjaya Siti dan industri seni amnya.




Dalam acara itu juga, pelakon veteran Datuk Maria Menado dan Datuk Eizlan Yusof juga menerima penganugerahan untuk gelaran yang sama di mana masing-masing membawa kepada gelaran Datuk Seri.

Sementara pelakon kelahiran Singapura, Adi Putra pula menerima Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, manakala dan pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie pula menerima  anuegrah Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang juga membawa gelaran Datuk.

Tahniah untuk semua.

Post a Comment

0 Comments