8 Sep 2017

LAUDYA CYNTHIA BELLA PILIH ENGKU EMRAN SEBAGAI SUAMI


AKHIRNYA segala teka-teki hubungan cinta pelakon terkenal Indonesia dan juga bintang filem Syurga Yang Tak Dirindukan 2, Laudya Cynthia Bella, 29, dan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 42, terjawanb apabila pasangan ini disatu satukan sebagai pasangan suami isteri yang sah dalam sebuah majlis tertutup di Kuala Lumpur, jam 6.57 petang tadi.



Bella yang sah menjadi isteri kepada Emran dengan hanya sekali lafaz menerima mas kahwin berjumlah RM300 beserta lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Lebih manis, majlis ijabkabulkan yang disempurnakan sendiri oleh bapa Bella ini turut disaksikan oleh puteri tunggal Emran, Engku Aleesya, 8, dari perkahwinan terdahulunya bersama pelakon Erra Fazira.



Majlis serba sederhana ini turut dihadiri oleh teman-taman baik Bella seperti Nora Danish, Melly Goeslaw dan suami, Zakiah Sungkar, Irwansyah dan ramai lagi.



Selamat pengantin baru buat Bella dan Emran, semoga penyatuan dua hati dari dua negara ini kekal berbahagia sehingga ke syurga.




Read8Space kongsikan momen-momen manis pasangan ini untuk tatapan anda semua.

[KREDIT FOTO: Instagram]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan