Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Hanez Suraya failkan perceraian


PELAKON Hanez Suraya, 32, hari ini banyak pihak apabila memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah di sini terhadap suaminya, Romie Razin Adilha Abd Rais, 37

Bagaimanapun,  Hanez dikatakan tidak hadir di mahkamah, sebaliknya hanya diwakili peguamnya.

Pasangan ini  berkahwin pada 25 Mac 2015 dan telah dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya, 13 bulan.

Khabar angin pergolakan rumah tangga pelakon ini pernah diperkatakan beberapa bulan lalu, namun senyap seketika selepas dia dan suaminya mencari jalan penyelesaian termasuk bercuti bersama di Jepun, bulan ini.

Buat ketika ini, Hanez dikatakan gagal dihubungi dan tidak memberi sebarang respon apabila dihubungi pihak media untuk mendapatkan penjelasannya berhubung perkara terbabit.

Post a Comment

0 Comments