BAGI mereka yang sukakan pengembaraan, One Piece: Musim 2 membawa pelayaran setimpal untuk kru bakal Raja Lanun. Intai di sebalik tabir perjalanan legenda yang menanti menuju ke Grand Line.Dihasilkan hasil kerjasama dengan Shueisha dan diterbitkan oleh Tomorrow Studios bersama Netflix, pengembaraan lanun aksi sebenar ini menjanjikan pengalaman luar biasa.
Musim kedua,
One Piece: Into The Grand Line yang diarahkan oleh Matt Owens dan Joe Tracz ini menampilkan musuh baharu yang lebih ganas dan misi paling mencabar.
Luffy dan kru Straw Hat berlayar menuju Grand Line yang luar biasa, satu kawasan laut legenda di mana bahaya dan keajaiban menanti di setiap sudut. Dalam perjalanan mereka meneroka dunia yang tidak menentu ini untuk mencari harta paling hebat di dunia, mereka menemui pulau-pulau pelik dan menghadapi musuh baharu yang amat hebat.
Adaptasi live-action
One Piece oleh Netflix ini diangkat daripada manga Jepun paling laris sepanjang zaman karya Eiichiro Oda, dengan lebih 100 jilid dan lebih 500 juta naskhah terjual di seluruh dunia.
Pengembaraan epik ini mengikuti Monkey D. Luffy dalam misinya untuk mencari harta legenda,
One Piece, dan merealisasikan impiannya menjadi Raja Lanun.
Musim kedua, yang amat dinantikan, akan tiba pada 2026, dengan siri ini juga telah diperbaharui untuk Musim 3, di mana ia dihasilkan hasil kerjasama dengan Shueisha dan diterbitkan oleh Tomorrow Studios, rakan kongsi ITV Studios, mengekalkan kualiti dan semangat dunia asal manga.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments