CUTI sekolah kali ini bakal jadi jauh lebih meow-gical! Dunia Gabby’s Dollhouse kini dibawa hidup sepenuhnya di Sunway Pyramid dari 11 hingga 28 September 2025.Acara penuh warna ini menampilkan pelbagai zon permainan interaktif dan aktiviti comel untuk kanak-kanak serta keluarga menikmati dunia imaginasi Gabby secara lebih dekat.
Setiap pengunjung akan menerima Gabby’s Dollhouse Passport, di mana empat stempel perlu dikumpul di empat zon permainan utama sebelum menebus Gabby Creative Pack istimewa.
Antaranya termasuk Cakey Cat’s Sweet Treat Mountain yang menguji refleks dan kiraan cepat, Beat the Floor with DJ Catnip dengan lantai tarian menyala mengikut irama, serta MerCat’s Colourful Kitty Aquarium di mana anak-anak boleh mencari makhluk laut tersembunyi dalam ball pit. Akhir sekali, bantu Queen Kitty Fairy memulihkan galeri ajaibnya di Crystal Palace untuk melengkapkan pengembaraan.
Selain itu, si kecil boleh berlari dan meneroka di Carlita Playroom, panjat Gabby’s Treehouse Playground, atau bergambar comel di Cat Francisco Photo Op, lokasi wajib untuk foto keluarga.
Bagi yang gemar aktiviti kreatif, Craft Zone dibuka sepanjang hari dari 10 pagi hingga 10 malam dengan aktiviti seperti membuat Cat Ear Headbands dan Personalised Friendship Bracelet. Ia bukan saja menyeronokkan, malah hasilnya boleh dibawa pulang sebagai kenangan.
Pastinya, pengalaman ini tak lengkap tanpa peluang bertemu Gabby secara langsung, watak utama kesayangan ramai yang pasti menceriakan hari si kecil.
Bagi penutup sempurna, jangan lepaskan tayangan
Gabby’s Dollhouse: The Movie di TGV Cinemas Sunway Pyramid bermula 25 September 2025, yang menampilkan pengembaraan terbesar Gabby dan rakan-rakan berbulu comel di layar perak.
Jadi, sama ada untuk bermain, berimaginasi atau sekadar menikmati masa berkualiti bersama keluarga, Gabby’s Dollhouse Experience di Sunway Pyramid ini memang pilihan terbaik.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments