SELEPAS tayangan perdana yang mencetus fenomena di seluruh dunia, Disney+ Hotstar mengumumkan Nine Puzzles kini menjadi siri Korea paling banyak ditonton di platform itu, bukan saja di Asia Pasifik, tetapi juga secara global sepanjang tahun 2025.
Dilancarkan pada 21 Mei lalu, Nine Puzzles merupakan sebuah naskhah thriller jenayah psikologi yang penuh teka-teki, mengisahkan Yoon Ena, seorang pelajar sekolah menengah yang menemui mayat bapa saudaranya bersama sekeping kepingan puzzle.
Tidak pasti bagaimana dia boleh berada di tempat kejadian dan gagal menjawab soalan polis, Ena pantas menjadi suspek utama dalam siasatan pembunuhan tersebut.
Selepas 10 tahun berlalu, Ena yang kini bergelar profiler jenayah profesional, sekali lagi terjerat dalam siri pembunuhan misteri dan setiap mangsa ditemukan bersama sekeping puzzle yang seakan-akan sama seperti kes pembunuhan lampau.
Siri ini dibintangi oleh Kim Dami sebagai Yoon Ena, suspek pembunuh yang kini menjadi profiler; Son Sukku sebagai Detektif Kim Hansaem yang gigih dan penuh curiga; Kim Sungkyun sebagai Kapten Polis Yang Jungho; serta Hyun Bongsik sebagai Detektif Muda Choi San.
Nine Puzzles diarahkan oleh Yoon Jongbin dan ditulis oleh Lee Eunmi sekali gus menjadikan ia antara judul paling dinanti dalam rangkaian kandungan original Korea Disney+ Hotstar tahun ini.
Penonton kini boleh stream kesemua sembilan episod pertama secara eksklusif di Disney+ Hotstar. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments