Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Peminat gegak gempita, single Rockstar Lisa buat semua tak senang duduk


AKHIRNYA saat yang dinanti telahpun tiba dengan pelancaran single terbaharu dan debut solo Lisa Manobal menerusi label miliknya sendiri, LLOUD bersama RCA Records berjudul Rockstar.   

Keterujaan peminat memenuhi jangkaan apabila Rockstar berjaya memperlihatkan kemampuan Lisa menggabungkan seni rap yang lancar dan vokal pop bertenaga.

Single baharu itu diterbitkan oleh Ryan Tedder dan Sam Homaee, manakala muzik video (MV) rasminya pula diarahkan Henry Schofield dengan koreografi oleh Sean Bankhead.

Menariknya MV yang menggunakan hampir 100 penari tempatan itu dirakam di Bangkok, di mana ia memberi peluang kepada penyanyi berusia 27 tahun itu untuk menyelami kota kelahirannya.

Dalam masa sama turut memberi penghormatan kepada budaya Thailand serta kehidupan jalanan negara itu  yang asli saat Lisa menampilkan dirinya sebagai seorang bintang rock sejati dengan selingan koreografi memukau.

Lisa yang juga merupakan anggota kumpulan K-Pop sensasi Blackpink itu pertama kali memperkenalkan sedutan lagu Rockstar pada awal bulan Jun di media sosial melalui hantaran di akaun TikTok miliknya yang memecahkan rekod dunia Guinness dengan mendapat 1 juta pengikut dalam waktu 2 jam dan 18 minit.


Selepas mengumumkan kelahiran single tersebut minggu lalu, berita tersebut pastas disambut meriah dengan penuh sokongan kegembiraan daripada para peminat serta media antarabangsa seperti Rolling Stone, Billboard, dan lain-lain.

Istimewa

Rockstar disifatkan cukup istimewa kerana ia adalah single solo pertama bintang asal Thailand itu di bawah kerjasama terkini antara syarikat pengurusannya, LLOUD Co., bersama RCA Records (anak syarikat Sony Music).

LLOUD co. yang dilancarkan awal tahun ini, ditubuhkan oleh penyanyi Lisa dalam usaha untuk mencipta platform demi menampilkan matlamat keseluruhannya dalam bidang muzik dan hiburan yang terus maju ke hadapan.

Selain kejayaannya bersama Blackpink yang turut dianggotai oleh Jennie, Jisoo dan Rose, Lisa telah memecahkan beberapa rekod dunia sebagai seorang artis solo saat lagunya Lalisa dan Money memasuki carta top 10 Billboard Global 200.

Money juga juga memegang rekod sebagai lagu paling lama bertahan di carta lagu Billboard Hot 100 oleh seorang artis solo perempuan K-pop di Amerika Syarikat dan di carta lagu Singles di United Kingdom.


Tidak hanya itu, pada 2023, Lisa memecahkan tiga rekod dunia Guinness dengan pengikut Instagram terbanyak untuk seorang artis K-pop (saat ini 103 juta pengikut di platform tersebut), dan dia juga merupakan pemenang solo K-pop pertama di MTV Video Music Awards dan MTV European Music Awards.

Dalam perkembangan lain, Lisa bakal membuat penampilan pertamanya dalam dunia lakonan menerusi musim terbaharu siri hit HBO Original, The White Lotus, musim ketiga yang kini sedang rancak dalam pembikinan yang berlangsung di Thailand. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:
[FOTO: Sony Music - Terima Kasih Joe Saiful]

Post a Comment

0 Comments