Hot Posts

6/recent/ticker-posts

UNDIAN ANUGERAH PODCAST SYOK 2023 KINI DIBUKA



ANUGERAH Podcast SYOK kini kembali dan undian dibuka untuk semua rakyat Malaysia memilih podcast kegemaran mereka di laman web SYOK. Undian kini sudah dibuka dan akan berakhir pada 4 Disember depan.

Para peminat boleh memilih podcast pilihan daripada bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil, merentasi empat kategori. Kategori tersebut ialah SYOK Podcast Of The Year, SYOK Favourite Episode Podcast, SYOK Favourite Radio Podcast dan SYOK Favourite Celebrity Podcast.

Calon-calon telah disenarai pendek berdasarkan keaslian, keunikan, jalan cerita, bilangan pendengar dan kriteria lain yang ditetapkan semasa proses penamaan calon.

Penghasil podcast juga boleh menghantar podcast mereka untuk kategori SYOK The Best of Independent Podcast, bermula sekarang hingga 14 November ini.

Lapan podcast teratas daripada kategori ini akan disenarai pendek dan dibuka untuk undian orang ramai mulai 17 November ini di laman web SYOK.

Pemenang bagi setiap kategori akan diumumkan pada malam Anugerah Podcast SYOK 2023 yang akan berlangsung pada 8 Disember 2023.


[KREDIT: Astro]

Post a Comment

0 Comments