Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Suria FM beri kelainan, anjur Karnival Mega Suria September ini




BUAT julung kalinya, Suria FM membawakan Karnival Mega Suria yang bakal diadakan pada 16 dan 17 September ini di Padang Timur MBPJ, Petaling Jaya, Selangor.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin, Suria FM kembali turun padang menemui peminat dengan sentuhan yang berbeza menerusi Karnival Mega Suria 2023.

"Acara ini diadakan sebagai tanda terima kasih buat semua pendengar atas sokongan padu yang mereka berikan selama ini terutama siri Jelajah Suria yang sentiasa dinantikan oleh peminat pada setiap tahun.

"Kami ingin meluangkan lebih banyak masa bersama pendengar setia Suria FM menerusi aktiviti luar, jadi kami akan berkampung selama dua hari menyajikan pelbagai aktiviti menarik berkonsepkan ‘kekeluargaan’ yang pastinya menghiburkan pengunjung dari pagi hingga ke malam.

"Kali pertama kami menganjurkan karnival berskala besar seumpama ini, ia bertujuan untuk menghiburkan semua masyarakat khususnya pendengar Suria sekaligus meluaskan sasaran pendengar Suria FM ke semua lapisan umur," katanya.


Karnival yang berlangsung seawal jam 7 pagi bakal diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya gerai makanan, persembahan istimewa daripada barisan artis baharu (BBNU), senaman zumba, sesi busking, permainan kanak-kanak, sukan rakyat, pertandingan seperti mewarna, karaoke dan banyak lagi.

Lebih menarik, pengunjung akan turut dihiburkan dengan acara kemuncak Konsert Karnival Mega Suria pada jam 9 malam membariskan lebih 20 artis popular seperti Bunkface, Dayang Nurfaizah, Masdo, Dolla, Floor 88, Aris Ariwatan, Amir Masdi & The Band, Muss, Nabila Razali, Insomniacks, Ameng, Baggio, Baby Shima dan lain-lain

Tidak ketinggalan penampilan istimewa barisan penyampai Suria FM iaitu Shuib, Ajak, Suraya Borhan, Feeya Iskandar (Cik Piah), Sharifah Shahirah (Rara), Tyzo Xander dan DJ Lin.

Selain itu, wang tunai sebanyak RM10,000 turut menanti pengunjung menerusi ‘Tangkap Duit Suria’. Pengunjung boleh membeli barangan eksklusif Suria dengan minima pembelian sebanyak RM150 di booth Kedai Suria sepanjang acara berlangsung.

Sebagai pembuka tirai, Suria FM bersama Himpunan Basikal Lipat Kebangsaan akan menganjurkan acara kayuhan Fun Ride Mega Suria pada 26 Ogos lalu di Serambi Teruntum, Kuantan, Pahang. - 7KLIK













Post a Comment

0 Comments