Hot Posts

6/recent/ticker-posts

The Coffee Bean & Tea Leaf jemput rakyat malaysia teroka selera raya bersama insan tersayang




SEMPENA
Ramadan dan Hari Raya tahun ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia mengundang rakyat Malaysia untuk meneroka selera Hari Raya dan Explore the Heart of Raya dengan memperkenalkan minuman dan menu musiman yang serba baharu.

Bagi mereka yang mencari pengembaraan rasa yang memikat dan kejutan yang tidak terduga, biarlah keistimewaan kemanisan, rempah-ratus, dan segala yang indah menjadi panduan anda.

Ketua Pemasaran & Inovasi di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, Fiona Rodrigues, berkata;

“Riuh dan meriah dengan pelbagai juadah yang sedia untuk diterokai, bazar Ramadan telah menjadi satu tradisi yang istimewa buat seluruh rakyat Malaysia.

"Memetik ilham daripadanya, The Coffee Bean &Tea Leaf® juga ingin meraikan semangat eksplorasi pelbagai rasa yang turut menjadi sumber pengerat silaturahim antara insan.

“Sempena Ramadan dan Raya tahun ini, kami ingin membawakan juadah-juadah yang menarik dan pelbagai, diilhamkan oleh citarasa orang ramai di dalam dan di luar negara.

"Apa pun yang menjadi pilihan hati, kami ingin mempelawa anda untuk menikmatinya bersama insan tersayang berlatarkan kemesraan suasana kafe kami,” ujarnya.

Sempena musim lebaran ini, minuman yang buatan tangan di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia pasti akan menggamit selera anda, selain menawarkan pelbagai pilihan untuk sesi iftar anda.

Pilihan kopi musiman The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia terdiri daripada Vanilla Cardamom Cold Brew Coffee dan Cardamom Oat Milk Macchiato (panas/berais).

Diseduh dengan pelaga yang penuh dengan aroma, rempah tersebut menambah kekayaan rasa minuman ini. Pada masa yang sama, perungkaian Cardamom Oat Milk Macchiato turut mempelbagaikan lagi barisan minuman berasaskan tumbuhan yang disediakan oleh The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia.

Pencuci mulut ikonik yang juga boleh diminum, Ice Blended® turut menyaksikan anggota baharu sempena musim yang mulia ini, iaitu Mangoes & Cream Ice Blended®.

Akhir sekali, bagi para peminat Cold Brew Tea, untuk musim lebaran kali ini, Mangoes & Cream Cold Brew Tea akan disajikan dengan selaput krim – menjadikan setiap hirupan lebih mulus dan enak.

Hilangkan dahaga anda, dan bersedia untuk meneroka pelbagai juadah yang menarik dan diilhamkan oleh enak-enakan dalam dan luar negara bermula dari 22 Mac ini.

Sebagai hidangan pemula, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia telah membawa kembali santapan kegemaran rakyat Malaysia, iaitu kek span berperisa pandan dan gula Melaka, diberi nama The Straits.

Ia diiringi dengan satu lagi pencuci mulut yang kaya dengan warisan negeri Melaka iaitu kek suji bernama Pine-Lemon Sugee. Di samping itu, bagi para penggemar coklat atau buah-buahan, kek Midnight Chocolate dan Mangoes & Cheese Tart kami pasti akan memuaskan deria manis anda.

Jika anda ingin mendapatkan santapan segera, rasai lapisan keenakan Baklava Delight (disediakan di kafe-kafe terpilih sahaja* atau melalui pra-pesanan dalam talian) atau pastri pusar, Cinnamon Raisin Swirl.

Bukan itu sahaja, untuk membawakan citarasa Timur Tengah ke Malaysia, Fattoush Salad, Tortilla Chip with Hummus, dan Chicken Shawarma juga terdapat dalam menu. 

Jika belum dapat tahu lagi, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia juga telah memperkenalkan set sarapan pagi berasaskan tumbuhan pada awal bulan ini menerusi kerjasama dengan Phuture Foods dan Oatside.

Juadah yang lazat dan berkhasiat dihidangkan bersama latte susu oat, set hidangan ini sarat dengan khasiat tumbuhan yang anda pasti ingin rasai.

Bermula hari pertama bulan Ramadan sehingga 21 April, rebut promosi Ramadan Late Night Dessert Special untuk menikmati pencuci mulut secara percuma dengan setiap pembelian dua minuman buatan tangan dari jam 8 malam hingga waktu tutup.

Selain minuman dan menu baharu, pelbagai koleh dan tumbler daripada siri barangan Groovy Gulls juga akan disediakan, dapatkannya di kafe The Coffee Bean & Tea Leaf® berhampiran.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, berita dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, sila kunjungi platform media sosial The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia seperti Facebook di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, Instagram di @coffeebeanMY, TikTok di @coffeebeanMY atau laman sesawang di www.coffeebean.com.my.


Menu Ramadan dan Raya 2023




The Straits
Warisan dan tradisi mempunyai erti yang penting bagi The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia. Rasai keunikan The Straits; kek pandan tradisional, diberi sentuhan gula Melaka serta diperkayakan dengan krim dan keju mascarpone.




Midnight Chocolate
Kek coklat yang istimewa, dilapisi dengan kek coklat gelap dan mousse coklat, dikemasi juga dengan gilapan coklat gelap. Nikmati keenakan rasa coklat yang sebenar.



Pine-Lemon Sugee
Memperkenalkan kek yang empuk, kaya dengan unsur-unsur warisan yang melambangkan semangat perayaan dan kekitaan. Suji telah menembusi budaya kita pada tahun 1600-an dan merupakan sejenis kek yang dibuat menggunakan semolina, mentega dan badam. Lemon pain kami menyuntik rasa yang menyegarkan pada pencuci mulut tradisional ini.


Mangoes & Cheese Tart
Pelam yang manis lagi berkrim sebagai inti tart coklat yang menyelerakan. Meriah dengan cebisan pelam di dalam dan di atas tart yang enak ini.



Baklava Delight
Enak dan berlapis-lapis - baklava kami sarat dengan ramuan kacang pistasio, walnut dan badam, disatukan dengan sirap ros yang melazatkan.



Cinnamon Raisin Swirl
Manjakan diri anda dengan santapan Cinnamon & Raisin Swirl. Lengkap dengan buah-buah kismis segar dalam pastri pusar yang empuk ini.



Fattoush Salad
Salad roti Lebanon yang beramuankan daun salad, timun, tomato, lada kuning, pasli, dan dihidangkan bersama kerepek tortila. Hadir bersama sos delima yang masam masam manis, serta rempah sumak tradisional bagi menyempurnakan hidangan salad yang menarik dan menyegarkan ini.



Hummus with Tortilla Chips
Rasa yang mulus dan berkrim, dihidangkan terus dari dapur The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia menggunakan kacang kuda dan tahini di samping bawang putih dan jintan putih yang diperkayakan perisanya. Dihidangkan bersama kerepek tortila dan boleh dinikmati sebagai snek yang turut mempunyai kandungan protein yang tinggi.



Chicken Shawarma
Dari bahu jalan ke kafe The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia. Ayam panggang perap dihidangkan dalam dakapan roti pita Greek bersama sos pudina yogurt. Santapan yang boleh dinikmati pada bila-bila masa.



Plant Based Breakfast Set
Patti tumbuhan berperisa ayam dalam sandwic yang lazat untuk sarapan pagi anda, sesuai untuk dinikmati di mana-mana jua. Dihidangkan bersama latte berasaskan tumbuhan pilihan anda: Oat Milk Latte* / Gibraltar Oat Milk Latte* 12oz (*disediakan panas/berais). - 7KLIK









Post a Comment

0 Comments