Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Peng Soon hargai jasa BAM



PEMAIN
beregu campuran negara Chan Peng Soon, positif dengan arah tuju baharu yang dipilihnya selepas keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Peng Soon, 34, mengucapkan terima kasih kepada BAM yang banyak membantu kerjayanya sepanjang bergelar pemain badminton kebangsaaan.

"Saya telah menyerahkan permohonan peletakan jawatan kepada Datuk Kenny Goh Chee Keong, Setiausaha Agung BAM semalam dan akan menarik diri secara rasmi daripada pasukan badminton kebangsaan Malaysia pada penghujung bulan November ini," ujarnya.

Ini merupakan kali kali kedua pemain kelahiran Pulau Pinang itu meninggalkan BAM selepas membuat keputusan untuk bergerak secara profesional bersama bersama Goh Liu Ying pada 2018.

Bagaimanapun Peng Soon kembali semula ke pangkuan BAM awal tahun ini dan digandingkan bersama Valeree Siow sebelum bersama Yee See pada Jun lalu.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih lebih lagi kepada Tan Sri Datuk Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria, Presiden BAM kerana menjaga dan membimbing saya sepanjang tempoh ini sebagai seorang pemain kebangsaan, berkhidmat untuk negara serta peluang untuk berkongsi pengalaman dengan rakan sepasukan.

"Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Kejurulatihan beregu Malaysia, Rexy Ronald Mainaky dan jurulatih beregu campuran, Teo Kok Siang atas bimbingan, sokongan serta suasana yang positif bersama rakan sepasukan yang telah berlatih dan bekerja keras ke arah matlamat bersama," katanya.

Peng Soon yang merupakan pemain beregu campuran berpengalaman negara pernah meraih pingat perak bersama Liu Ying di temasya sukan Olimpik Rio pada 2016.

ARTIKEL BERKAITAN: liu-ying-umum-persaraan

[FOTO: Instagram Chan Peng Soon]




Post a Comment

0 Comments