Hot Posts

6/recent/ticker-posts

NAIL POLISH, KISAH BENAR KES MAHKAMAH LAKONAN ARJUN RAMPAL



FILEM yang diadaptasi dari kisah benar pasti memberikan sentuhan emosional yang mendalam kepada penonton. Penonton seakan-akan dapat melihat sejarah mahupun jalan hidup seseorang itu. 

Sebuah filem dengan kisah yang pernah terjadi seakan-akan mempunyai ‘roh’ tersendiri hingga mampu mengikat para penonton untuk terus mengikuti alur cerita filem dari awal hingga akhir.

Mengisi slot Screen On 2 di TV2, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan filem Nail Polish pada 20 November ini, jam 9 malam yang mengetengahkan kisah benar tertumpu kepada pembunuhan kanak-kanak migran dan perkara yang berlaku di sebalik pintu keadilan di mana kes itu berlaku.

Diangat daripada kejadian kisah benar, filem menyentuh isu undang-undang arahan Bugs Bhargava Krishna ini berkisar tentang DCP Sunil Sachdev (Sameer Dharmadhikari), yang terjumpa bukti anak pekerja asing diculik, dibunuh dengan mayat mereka dibakar.

Ini membawanya kepada suspek yang tidak dijangka, bekas pegawai Tentera Veer Singh (Manav Kaul), yang bekerja sebagai pengintip yang menyamar. Selepas bersara, dia terus menjalani kehidupan sebagai seorang lelaki yang mempunyai reputasi hebat bekerja sebagai jurulatih di akademi sukan.

Siddharth Jaisingh atau dikenali sebagai Sid (Arjun Rampal), seorang peguam bela berprofil tinggi bersetuju untuk melawan kes ini kerana dia dijanjikan kerusi Rajya Sabha berikutan kemenangannya kes Veer. Dan kerajaan negeri mengupah pendakwa raya Amit Kumar (Anand Tiwari) untuk memastikan Veer terbukti bersalah.

Ini membawa mereka ke perbicaraan mahkamah di mana drama itu berlangsung. Dan perubahan yang tidak dijangka dalam kes itu membuktikan bahawa terdapat lebih banyak perkara daripada yang dapat dilihat.

Namun bagaimanakah kesudahan cerita ini? adakah keadilan dapat ditegakkan atau pun peranan duit dapat mengaburi mata seseorang daripada menyatakan kebenaran? Ikuti kesudahannya di TV2.


[KREDIT: RTM]




Post a Comment

0 Comments