Hot Posts

6/recent/ticker-posts

PANJAT MENARA LAMA TERPENCIL, DUA GADIS CARI PASAL DALAM FALL


DUA
sahabat baik melakukan aktiviti ekstrem dengan memanjat menara radio lama dan terpencil yang berketinggian 2,000 kaki untuk menyembuhkan trauma yang dihadapi.

Becky dan Hunter yang gemar melakukan pendakian berbahaya sebagai riadah mereka. Namun selepas kejadian ngeri yang membawa kepada kematian suami Becky, ketika melakukan aktiviti tersebut, dia menjadi trauma.

Hunter yang bersimpati dengan apa yang dilalui sahabatnya itu mengajak Becky memanjat sebuah menara radio lama untuk mengatasi trauma tersebut dan kembali membina semangat baharu.

Namun keadaan sebaliknya berlaku apabila mereka ditimpa musibah setelah tangga menara tersebut runtuh, sekali gus menyebabkan kedua-duanya terperangkap di puncak. 



FALL 
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 18
Genre: Thriller 
Durasi: 1 jam 47 minit 
Pengarah: Scott Mann
Pelakon: Grace Caroline Currey, Virginia Gardner, Jeffrey Dean Morgan
Tarikh Tayangan: 25 Ogos 2022
Edaran: Warner Bros. Pictures



[KREDIT: Warner Bros. Pictures]








Post a Comment

0 Comments