Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Penyatuan cinta dan budaya - Ong Yew Sin & Aya Ohori kini suami isteri


IKATAN cinta antara pemain badminton profesional negara, Ong Yew Sin, dan bekas pelain perseorangan wanita Jepun, Aya Ohori, kini terpatri apabila sah bergelar suami isteri.

Pasangan itu melangsungkan majlis perkahwinan sivil dalam suasana intim dan penuh makna di Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, Jabatan Pendaftaran Negara Melaka pada Khamis, disaksikan oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Walaupun Yew Sin, 30, dan Aya, 29, memilih untuk meraikan momen istimewa ini secara tertutup, berita perkahwinan mereka tetap mencuri perhatian peminat serta komuniti badminton seluruh dunia.

Yew Sin yang merupakan pemain kelahiran Melaka memilik pelbagai pencapaian di pentas antarabangsa bersama gandingannya Teo Ee Yi. Antaranya termasuk gangsa di Kejohanan Dunia 2021 dan perak di Kejohanan Badminton Asia 2023.

Sementara Aya Ohori pula adalah bekas pemain perseorangan wanita Jepun yang pernah menduduki ranking ketujuh dunia sebelum mengumumkan persaraan pada Disember tahun lalu. Sepanjang kariernya, Aya meraih pelbagai kejuaraan termasuk gangsa di Sukan Asia Hangzhou 2022.


Terdahulu, pasangan ini mengumumkan pertunangan mereka pada Mac lalu selepas Yew Sin melamar Aya dalam suasana romantis yang turut dikongsi menerusi laman media sosial.

Perkahwinan Yew Sin dan Aya bukan sekadar menyatukan dua hati, tetapi turut menjadi simbol keindahan cinta merentas sempadan dan menyentuh hati para peminat yang membesar menyaksikan perjuangan mereka di gelanggang. Selamat menempuh alam rumah tangga, pasangan badminton sejati. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

إرسال تعليق

0 تعليقات