Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[REVIEW] Kucing legenda, si Garfield buat hal lagi


BERTEPATAN dengan musim cuti sekolah, kehadiran filem The Garfield Movie tentunya mengundang kemeriahan di pawagam seluruh tanah air.

Karakter Garfield ini asalnya daripada komik tulisan Jim Davis terbitan tahun 1978 dan pernah dua kali tampil dengan naskhah layar lebar.

Kini, animasi tentang kucing legenda berwarna oren yang cukup terkenal dengan aksi comel dan manjanya itu kembali berkongsi cerita baharu di bawah garapan pengarah Mark Dindal yang sebelum ini sukses menerusi filem Chicken Little.

The Garfield Movie mengisahkan Garfield, seekor kucing yang kelaparan dan memerlukan tempat perlindungan. Seorang lelaki, Jon Arbuckle yang simpati dengan keadaan Garfield, membawanya pulang ke rumah.

Garfield tinggal bersama anjing kecil peliharaan Jon iaitu Odie dan mereka menjadi umpama satu keluarga. Dia dimanjakan dan hidup dalam keadaan serbi serbi sempurna sehingga menjadi kucing pemalas dan tidak terbiasa dengan dunia luar.

Suatu hari, Garfield bertemu Vic, seekor kucing jalanan yang tanpa diduga adalah bapanya yang terpisah sejak lima tahun lalu. Di situlah bermulanya konflik apabila dia terheret dalam masalah Vic bersama kucing betina jahat, Jinx yang mahu membalas dendam.


Garfield The Movie merupakan sebuah filem komedi keluarga yang sangat menyeronokkan untuk ditonton. Bukan sahaja kerana aksi-aksi comel yang dipaparkan, tetapi juga tetapi pengembaraan kucing legenda itu membawa banyak mesej moral berkenaan kasih sayang, pengorbanan, kekeluargaan dan persahabatan.

Dalam pada penonton bergelak ketawa dengan elemen lucu yang bergantian mengisi babak, filem ini juga berjaya mengusik emosi dengan paparan menyentuh hati dengan hal-hal yang terasa dekat dengan kehidupan di sekeliling kita.

Lebih daripada itu, filem animasi ini turut disokong dengan lakonan hebat daripada pengisi suara karakter-karakter yang terlibat dalam menghidupkan watak yang diberikan. Chris Pratt sebagai Garfield dan Samuel L. Jackson (Vic) ternyata tampil serasi, malah memberikan impak besar besar kepada penceritaan.

Secara keseluruhannya, The Garfield Movie sebuah filem yang sangat comel dan menghiburkan. Jangan ketinggalan untuk menonton aksi kucing legenda ini yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam bermula 22 Mei lalu. - 7KLIK



[KREDIT FOTO: Sony Pictures - Terima Kasih Junette Chai]


The Garfield Movie
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P12
Genre: Animasi/komedi
Durasi: 1 jam 41 minit
Pengarah: Mark Dindal   
Pelakon Suara: Chris Pratt, Samuel L. Jackson, Ving Rhames, Nicholas Hoult, Hannah Waddingham, Cecily Strong
Edaran: Sony Pictures Pictures
Tarikh Tayangan: 22 Mei 2024
Bintang: 6/10 

Post a Comment

0 Comments