Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Astro sajikan lebih 180 program istimewa sepanjang Syawal


MENGANGKAT tema 'Masa, Anugerah Terindah’, Astro bakal memeriahkan sambutan Syawal tahun ini dengan menghimpunkan lebih 180 program istimewa pelbagai genre untuk disajikan kepada penonton.

Program-program tersebut terdiri daripada drama, telefilem, program hiburan, bual bicara, program realiti dan gaya hidup, rancangan kanak-kanak serta filem-filem blokbuster yang boleh dinikmati bermula malam raya, melalui platform Astro termasuk televisyen, radio dan ruangan digital.

Meneruskan tradisi tahunan, Astro juga membawakan sebuah iklan komersil berjudul Ada Apa Dengan Masa, terbitan Astro dengan kerjasama agensi Talon Creative yang diarahkan oleh Junad M. Nor daripada produksi Layar Lucida.

Kisah di sebalik Ada Apa Dengan Masa memaparkan kisah seorang bapa yang merindui anak-anaknya tatkala mereka sibuk dengan tugasan harian dan menyimpulkan bahawa dengan meluangkan masa ia dapat mencipta momen-momen indah bersama keluarga dan orang tersayang.

Iklan berdurasi lima minit yang bakal ditayangkan mulai 27 Mac itu akan menampilkan 33 bakat Astro dan selebriti terkenal tempatan termasuk Datuk Jalaluddin Hassan, Keanu Azman, Nas Muammar Zar (Nas T), Shiqin Kamal, Umar Shakur dan ramai lagi.

Ketua Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi, berkata, pihaknya menjanjikan penawaran kandungan yang komprehensif di sepanjang Syawal ini bagi memberi nilai tambah kepada para pelanggan yang setia bersama mereka selama ini.

"Perancangan rapi telah dilakukan bagi meneruskan kesinambungan kemeriahan program-program hebat pada Ramadan lalu dan berterusan ke Syawal ini.

"Terdapat lebih daripada 180 program telah disusun dan bakal dihidangkan menepati citarasa semua dengan berlandaskan tema kempen kami iaitu ‘Masa, Anugerah Terindah’.

"Syawal ini juga bakal memperlihatkan iklan komersil rasmi Astro, ‘Ada Apa Dengan Masa’. Penceritaan daripada iklan ini bersifat dinamik dengan mengingatkan kita semua tentang kepentingan untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga dan orang tersayang," jelasnya.



Sorotan Kandungan program di Astro

• Telefilem
Sajian telefilem menarik bakal menjadi pilihan penonton, dan Astro bakal menyajikan 13 buah telefilem baharu di sepanjang Syawal.

Antaranya ialah Hijab Pendosa, Kerawang Untuk Adik, Pinggan Retak di Tapak Tangan yang bakal bersiaran pada 1 hingga 3 Syawal, jam 11 malam di Astro Ria.

Diikuti My Famous Ex Boyfriend Raya, Chinta Wrong Direction Raya, Raya Dengan Cin(t)a, Mama Drama, dan Overnight Wali (1-5 Syawal, 10 pagi, Astro Ria).

Tidak ketinggalan telefilem komedi termasuk Dendam Hantu Viral, Terpaling Sweet, Zero To Millionaire, Manaf, Zahir dan Bunian dan Awak Terlalu Ganu Untuk Saya (1-5 Syawal, 4 petang, Astro Warna).

• Program variasi dan hiburan

Penonton turut akan dihiburkan dengan program istimewa seperti Bombastika Raya, Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza, A Decade: Cakra Khan, Kenapa Singgah Kalau Tak Nyanyi, All Stars GegarVaganza Beraya di Ladang, Annyeong! Big Stage Raya, Celebrity Family Feud Malaysia 2024 dan Next To Neelofa Raya 2024.

• Komedia

Nikmati program pentas komedi No. 1 Malaysia, Sepahtu Reunion Raya, Sherrina Show: Risik Shuben Sherry, program pilihan penonton Travelawak Projek Bapak Bapak Musim 3, episod istimewa hari raya Travelawak: Bapak-Bapak Balik Kampung!, Lawak Orang Lejen, Anak Angkat Vibin, In Borneo, Terkena dan Yak Yak Yeay Raya, eksklusif di Astro Warna (Saluran 107).

• Program kanak-kanak

Boboiboy Movie akan bersiaran pada 10 April, Ri-Oh Rimba dan Boboiboy Movie 2 (17 April), Famili Yang Popular (18 April), Ejen Ali The Movie (24 April) dan banyak lagi di Astro Ceria (Saluran 611).


Platform Digital
Peminat kandungan digital juga boleh turut berhibur dan menyaksikan program-program terbaik yang disajikan.

• Program No Filter, menampilkan selebriti popular Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom) menemu bual selebriti tempatan dengan soalan-soalan hangat, bermula 1 Syawal.

Diikuti program Terpaling Raya, program temu bual yang dihoskan oleh Amelia Henderson, Sean Lee, Yaya Zahir, Keanu Azman dan Adriana Adnan bersama lebih 50 selebriti ternama tempatan termasuk Rozita Che Wan, Liza Abdullah, Anna Jobling dan ramai lagi, bermula 1 hingga 4 Syawal.

Program Bual Dulu Baru Kamu Raya bersama pempengaruh TikTok, Ubai MZ yang akan menemu bual selebriti tempatan dalam suasana santai dan berjenaka, bermula 1 Syawal, manakala program realiti Oh, Baby Kamal & Uqasha pula memaparkan pasangan Kamal Adli dan Uqasha Sensore yang menantikan kehadiran cahaya mata pertama mereka, yang akan bermula 1 Syawal di platform Astro Gempak.



Astro Shaw dan Astro First
Peminat filem boleh menyaksikan program-program menarik di pawagam.

• Filem aksi mengujakan berjudul Sheriff, menampilkan Zul Ariffin, Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan yang berganding bahu dalam menyelesaikan satu misi utama untuk menumpaskan sindiket dadah. Filem ini ditayangkan di pawagam pada 18 April.

• Filem aksi The Experts lakonan Datuk Aaron Aziz, Remy Ishak, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan Ray pula bakal berada di pawagam pada 23 Mei depan. Ia mengisahkan tentang sekumpulan adik-beradik yang mempunyai kepakaran hebat dalam kegiatan merompak, tetapiterperangkap dengan ugutan besar yang akhirnya mencetuskan konflik.

• Astro First pula membawakan seleksi hiburan terbaik menerusi filem beberapa buah naskhah menarik termasuk Peluang Ketiga, sebuah kisah romantis yang diinspirasikan daripada lagu nyanyian Nabila Razali dan ditayangkan pada 21 Mac. Filem komedi tentang perjalanan pulang seorang perantau dalam Jadi Raya Tak Jadi akan menemui peononton pada 4 April, selain konsert Lah Ahmad Jatuh Cinta Live At Istana Budaya, pada 11 April. 


Platform Radio
Pendengar Astro Radio boleh berhibur dengan program-program menarik yang disediakan.

• Radio ERA akan melancarkan Team Raya KL, di mana pemenang bertuah bakal diberi peluang untuk beraya di rumah 3 Pagi ERA iaitu Nabil, Radin dan Pak Azad.

• Pendengar yang memerlukan bantuan pengangkutan untuk pulang beraya boleh menyertai Kapten Fazziq.

• ERA Sabah dan Sarawak pula bakal meraikan Hari Raya bersama pendengar di Rumah Terbuka Borneo dengan menyajikan juadah dari Borneo untuk dinikmati oleh masyarakat setempat.

• SINAR membuka peluang kepada pendengar untuk menyampaikan ucapan menerusi Dedikasi Malam Raya di R&R SINAR untuk ditujukan kepada keluarga dan sahabat handai serta peluang untuk beraya bersama selebriti dan personaliti SINAR di Rumah Terbuka SINAR.

• GEGAR pula menjalankan Karoot Raya GEGAR Challenge, di mana Issey akan berdikir barat dan pendengar perlu menyahut cabaran untuk memenangi hadiah dan pendengar juga boleh mengambil bahagian dalam GEGAR Gi Beraya. Pendengar bertuah berpeluang untuk beraya bersama personaliti GEGAR.

• ZAYAN turut memeriahkan Syawal ini dengan Masjid Terbuka Raya di mana pendengar dapat beraya di masjid bersama personaliti ZAYAN dan ditemani dengan persembahan nasyid dan aktiviti kekeluargaan di sepanjang majlis. Maklumat lanjut berkaitan kempen raya boleh didapati menerusi platform media sosial jenama-jenama radio.

Untuk maklumat lanjut berkaitan pengisian kandungan Raya Astro 2024, sila layari www.astroraya.com.my atau ikuti platform media sosial Astro Malaysia. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN: april-adventures-on-hbo-go-hbo-warner.html
ARTIKEL LAIN: rtm-sajikan-tiga-drama-menarik.html
ARTIKEL LAIN: allen-ren-fair-xing-pairs-up-once-again.html

[FOTO: Astro - Terima kasih Nur Atiqah]

Post a Comment

0 Comments