Hot Posts

6/recent/ticker-posts

'Gagal Cinta', The Gadys kini bertiga



KEMUNCULAN ‘girl band’ The Gadys pada 2021 memberi warna baharu dalam industri muzik sekaligus kembali merancakkan dunia hiburan tempatan.

Kumpulan yang mulanya dianggotai empat gadis berbakat memulakan kerjaya nyanyian menerusi single raya berjudul Gadys Raya, dilancarkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu kini kembali aktif bersama dengan ahli baharu.

Menurut Pengarah Urusan Valient Music, Airrol Azman, The Gadys yang dibarisi dua anggota asal Aznie Azmi dan Ayunie Rizal kini dimantapkan lagi dengan muka baharu, Thamiera Chan. 

"Kami optimis kumpulan ini mampu pergi lebih jauh dengan karya yang dihasilkan. Buktinya, mereka yang mempunyai lebih 200,000 pengikut dan mendapat lebih 3.3 juta tanda suka dalam TikTok cukup untuk memperkenalkan lagi nama The Gadys," ujarnya.

Selepas single Gelek Jambu yang menggabungkan elemen reggaeton, rock dan tradisional sebelum ini, The Gadys kembali dengan buah tangan terbaharu berjudul Gagal Cinta.

Menurut Ayunie, Gagal Cinta adalah single yang cukup istimewa buat mereka.

"Lirik lagu ini kalau difahamkan, maksudnya agak mendalam dan ada mesej yang nak disampaikan. Walaupun melodinya rancak dan ‘catchy’ tetapi hakikatnya lirik lagu ini sedih sebenarnya.

"Sepanjang proses rakaman lagu ini, semuanya berjalan lancar dan kami rasa sangat seronok. Apatah lagi kami dapat meletakkan emosi pada setiap nyanyian untuk The Gadys merasai atau menjiwai lirik lagu Gagal Cinta ini," katanya.




Berkongsi mengenai penggambaran video muzik (MV)yang berkonsepkan storytelling, partner dance dan emotion itu, Aznie berkata, mereka bertiga menjalani latihan menari bagi memberikan hasil yang terbaik.

"Proses rakaman MV dimulakan dengan pra produksi iaitu menjalani latihan menari dan koreografi bersama Aisya Marissa. Sewaktu sesi latihan pula, kami memang seronok mempelajari setiap step.

"Alhamdulillah penggambaran MV berjalan dengan lancar. Semua pasukan produksi memberikan kerjasama yang baik. MV ini membabitkan rakaman lokasi dalam dan luas. Bila outdoor hanya cuaca sahaja cabaran kami, sebab sangat panas. Tapi, ‘glam team’ akan memastikan kami kekal menarik dan selesa.

“Lagu Gagal Cinta ini sangat 'catchy' untuk dinyanyikan bersama, tetapi lirik yang sangat straightforward mengenai hubungan cinta yang gagal. Jadi, konsep MV lagu ini menunjukkan kisah percintaan tiga gadis yang gagal percintaan dengan lelaki yang sama, cuma berbeza karakter,” jelasnya.




Sementara itu, Thamiera yang merupakan ahli baharu mengakui sangat senang bekerjasama dengan komposer Adib.

"Adib banyak memberikan cadangan dan pendapat buat kami untuk mencapai hasil yang memuaskan. Lirik lagu ini sangat sedih sebenarnya, jadi kami dan Adib bersama-sama menghasilkan karakter dalam lagu ini supaya sesuai dengan konsep ‘sing along’ yang kami cuba hasilkan.

“Terdapat beberapa cabaran sewaktu merakam MV, tapi hasil yang kami dapat dengan cabaran yang kami hadapi tidak sia sia. Memandangkan ini debut pertama saya, semestinya saya sangat teruja,” katanya.

The Gadys juga berharap lagu Gagal Cinta itu mendapat tempat di hati pendengar dan pencinta muzik tanah air. - 7KLIK


[KREDIT: Universal Music Malaysia]







Post a Comment

0 Comments