Hot Posts

6/recent/ticker-posts

True Beauty, saji elemen romantik komedi untuk peminat drama Korea




MEMENUHI citarasa penggemar siri Korea yang memiliki pengikutnya tersendiri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyajikam drama Korea popular berjudul True Beauty.

Drama 16 episod itu akan memulakan siaran pada 25 Oktober ini, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 8 malam di TV2.

True Beauty menceritakan tentang watak utamanya iaitu seorang pelajar sekolah bernama Im Ju Kyung. Sejak kecil dia selalu merasa penampilannya tidak menarik selalu menjadi bahan buli oleh keluarga dan temannya.

Ketika dia sudah mulai remaja, Ju Kyung menutup wajah asalnya dengan mekap. Semuanya bermula sejak dia mula mengikuti video tutorial di media sosial. Apatah lagi dia sememangnya mahu menutup wajahnya yang sebenar.

Sejak itu dia sentiasa bersolek tebal sebelum keluar dari rumah atau pun mahu bertemu dengan sesiapa sahaja. Ju Kyung gembira kerana mampu mengubah dirinya menjadi gadis yang sangat cantik.

Kawan-kawan sekolahnya begitu memuji perubahan itu dan memanggilnya dengan gelaran 'dewi'. Namun dia tidak pernah membiarkan seorang pun daripada mereka melihat wajah asalnya karena takut akan kembali diejek.

Malangnya satu hari rahsia besarnya itu terbongkar apabila wajah asalnya telah dilihat oleh teman sekelasnya yang sangat tampan, popular dan misteri iaitu Lee Su Ho. Dia mula risau Su Ho akan membongkar rahsianya kecantikan palsunya itu. 

Su Ho sangat popular dalam kalangan pelajar perempuan di sekolah. Namun sebaliknya Su Ho bencikan perhatian tersebut dan seringkali menjauhkan diri daripada mereka. malah dia juga tidak bergaul dengan rakan-rakan sekelasnya.

Hakikatnya dia memiliki ketakutannya tersendiri, dan menyimpan rahsia silamnya tentang kejadian tragis di masa lalu yang telah menghantuinya sejak lama. Kejadian itu membuat Su Ho menjauhkan diri daripada sahabatnya, Seo Jun.

Satu kejadian berlaku dan sejak itu mereka mula bersahabat. Apatah lagi masing-masing menyimpan rahsia yang tidak ingin diketahui oleh orang lain.

Drama genre romantik komedi ini juga boleh ditonton menerusi penstriman langsung RTMKlik (www.rtmklik.rtm.gov.my- 7KLIK




[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments