Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Gabungan Suria FM, ERA cipta sejarah industri radio




BUAT julung kalinya, stesen radio Suria FM dan ERA bakal bersiaran secara serentak di kedua-dua frekuensi menerusi gabungan segmen pagi 'Morning Morning Suria' dan '3 Pagi ERA' pada 23 Oktober 2023, dari jam bermula 6 pagi hingga 10 pagi.

Diinspirasikan oleh CelcomDigi, kedua-dua stesen ini akan disatukan melalui penjenamaan 'ERA SURIA, Di Sini Segalanya Terkini',  menjanjikan hiburan ‘radio tanpa batas’ dengan menghiburkan para pendengar melalui gandingan hebat daripada barisan penyampai seperti Ajak, Shuib, Suraya, Nabil, Azad dan Radin.

Selain mendengar celoteh barisan penyampai, pendengar juga bakal dihiburkan dengan pelbagai topik menarik dan pilihan lagu bertemakan duet yang bakal dimainkan secara serentak dari kedua-dua stesen.


DJ Lin


Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, Suria FM mengalu-alukan dan menyambut baik jalinan kerjasama bersama pihak Astro.

"Sejarah baharu akan tercipta dalam industri radio tanah air menerusi jalinan kerjasama antara radio Suria dan ERA ini.

"Sebagai sebuah stesen radio swasta sememangnya kami bersaing dari segi ranking dan jumlah pendengar tetapi kerjasama ini merupakan simbolik untuk memupuk semangat silaturahim demi melihat industri radio terus berkembang secara sihat.

“Diharapkan ia dapat membuka pintu dan ruang kerjasama yang lebih aktif dan agresif di masa mendatang sekali gus menjadi rujukan kepada pengamal radio lain untuk mengambil pendekatan yang di samping mewujudkan persepsi positif masyarakat terhadap industri radio di Malaysia,” ujarnya.

Sementara itu, Pengurus Kandungan ERA, Hani Fadzil, mengakui pihaknya teruja untuk bersama-sama Suria FM dalam menjayakan ERA SURIA, Di Sini Segalanya Terkini.

"Meskipun kolaborasi ini menggabungkan dua jenama daripada latar belakang berbeza, kami percaya bahawa di penghujung hari, kandungan dan pengisian yang diterima oleh para pendengar adalah perkara utama.

"Kami juga ingin mempamerkan persaingan sihat di antara jenama radio dengan berkongsi nilai dan matlamat sama, seperti CelcomDigi, malah kami percaya bahawa ERA dan Suria FM akan gagah bersama,” katanya.

Jangan lupa dengarkan 'ERA Suria, Di Sini Segalanya Terkini' di frekuensi Suria FM dan ERA juga di aplikasi Suria Malaysia dan SYOK pada 23 Oktober 2023, jam 6 pagi sehingga 10 pagi. - 7KLIK


[KREDIT: Suria FM]





Post a Comment

0 Comments