Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Mikail Andre ulas bayaran dengan pendedahan industri


PELAKON dan pengarah, Mikail Andre, 31, berpandangan isu pelakon baharu dibayar dengan pendedahan industri perlu diperhalusi kerana membabitkan dua belah pihak.

Jelas pelakon filem Highland Tower itu, keadaan yang sedang berlaku ini tidak kritikal berbanding luar negara.

“Di Hong Kong dan India, pelakon baharu hanya dibayar dengan makanan tengah hari sahaja, sebagai imbuhan mereka mendapat pendedahan pengalaman dalam industri lakonan.

“Jadi, tiada yang salah sangat pun sebab pelakon baharu dapat pengalaman. Tetapi sebagai penerbit, tak manislah kalau tangan kosong, kena pertimbangkan penat lelah mereka juga.

“Oleh itu, buat pendatang baharu jangan berharap sangat lebih-lebih lagi kalau nama belum kuat dalam industri ini,” ulasnya ketika ditemui pada sesi uji bakat yang diadakan di Sarang Port & Studio, Ipoh, Perak.


Dalam perkembangan terkini, Mikail dan abangnya yang juga merupakan seorang pelakon dan pengarah terkenal, Pierre Andre akan memulakan penggambaran filem skala kecil pada September depan.

Selain itu, Mikail baru sahaja habis mencungkil dan mencari bakat baharu di Sarang Port & Studio untuk projek seram yang akan bersiaran di YouTube Andre Brothers Pictures tahun ini. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments