Hot Posts

6/recent/ticker-posts

FILEM AKSI BLOCKBUSTER NO. 1, POLIS EVO 3, FAST X KINI DI ASTRO FIRST




FILEM box office dengan kutipan RM54 juta, Polis Evo 3 dan filem Hollywood, Fast X (Fast Furious 10) tiba Di Pawagam Rumah Anda, Astro First!

Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures, Polis Evo 3 boleh mula dilanggan di Astro First bermula 10 Ogos, manakala Fast X bemula 2 Ogos.

Bagi penonton yang belum berpeluang untuk menyaksikan filem ini atau mahu ulang tonton, boleh menyaksikan Polis Evo 3 dan Fast X bersama keluarga atau rakan-rakan beramai-ramai di rumah atau di mana-mana melalui strim di platform Astro Go dan On Demand.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata;

“Selepas berjaya mencipta sejarah tersendiri di layar perak, kami bawakan filem Polis Evo 3 ke Astro First untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk menikmati filem aksi ini di pawagam dan juga buat mereka yang ingin menonton sekali lagi bersama insan tersayang secara beramai-ramai di rumah.

“Lebih menarik, Astro First bukan sahaja membawakan satu filem daripada francais blockbuster tahun ini, tetapi dua iaitu Fast X! Terdahulu Astro First hanya membawakan filem-filem tempatan dan Asia dan kini Fast X menjadi filem Hollywood pertama yang ditayangkan di platform Astro First.”


Polis Evo 3 merupakan hasil arahan Syafiq Yusof dan menampilkan barisan pelakon seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Nora Danish, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Filem ini mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Fast X membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Jason Statham, Jordana Brewster,  Ludacris, Sung Kang, Joh Cena dan ramai lagi.

Filem ini mengfokuskan watak Dom yang kini diburu oleh seseorang yang telah berdendam dengannya iaitu Dante. Dante ini merupakan anak kepada Hernan Reyes dimana dia telah dibunuh oleh Dom pada satu kejadian yang berlaku di Brazil akibat kemalangan dalam satu pertempuran di sebuah jambatan. Ekoran itu, Dante berdendam untuk membunuh Dom dan seluruh keluarganya.

Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 dan Fast X di Astro First dengan harga RM15 untuk 48 jam.



TRIVIA POLIS EVO 3

1. Mengetepikan filem Hollywood daripada francais besar antarabangsa, Fast X dengan mencipta rekod kutipan filem nombor 1 paling laris 2023 di Malaysia.

2. Selepas empat hari tayangan rasmi dan tayangan awal di pawagam, Polis Evo 3 berjaya mengaut kutipan RM16 juta, sekali gus menjadikan Polis Evo 3 meraih kutipan paling tinggi pada minggu pembukaan selepas pandemik, termasuk mengatasi filem Mat Kilau. Untuk rekod, Mat Kilau berjaya memungut RM12.2 juta selepas empat hari tayangan.

3. Melihat reaksi penonton, pelakon Sharnaaz Ahmad menerusi watak antagonis bernama Reza, telah menarik perhatian ramai dengan lakonan mantap dan meninggalkan kesan.

4. Siri jelajah yang diadakan di Kedah, Pulau Pinang, dan Perak dibanjiri anggaran kehadiran lebih 100 ribu peminat. Kehadiran pelakon utama Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan serta pengarah Syafiq Yusof dan penerbit Joel Soh disambut meriah.

5. Polis Evo 3 membawakan tagline 'Kita Lagi Kuat Boh'.

6. Polis Evo 3 diabadikan di mural gergasi di Jalan Kemuning, Dang Wangi.


TRIVIA FAST X 

1. Filem Fast X telah menyumbang kepada francais Fast and Furious untuk melepasi $7 billion di seluruh  dunia.

2. Anggaran bajet Fast X sebanyak $340 million, menjadi filem dengan bajet terbesar dalam francais Fast and Furious.

3. Menampilkan karakter antogonis, Dante Reyes lakonan Jason Momoa yang membawa watak seorang yang jahat, maskulin, lawak dan juga psychopath.

4. Anak perempuan arwah Paul Walker, Meadow, juga membuat penampilan kameo dalam Fast X.

5. Filem Fast X dibintangi empat pemenang Oscar Awards iaitu Rita Moreno, Charlize Theron, Helen Mirren dan Brie Larson.

6. Fast X menggunakan tagline 'The end of the road begins'.


[KREDIT: Astro First]

Post a Comment

0 Comments