NEGARA pernah dikejutkan dengan kes-kes tragik yang menyayat hati rakyat Malaysia. Secara tidak langsung ia memberi impak yang besar terhadap negara serta pengajaran bahawa pelbagai tragedi boleh berlaku tanpa diduga.
Terbaru di TV3, Fail Mahkamah akan membawa penonton mengimbas kembali kronologi kes-kes yang tragik, sensasi dan berprofil tinggi yang pernah mendapat perhatian dan liputan meluas media suatu ketika dahulu.
Program dokumentari yang bakal bersiaran bermula pada 17 Mei ini, setiap Rabu pada jam 9 malam ini bakal membawa penonton dengan pandangan yang lebih mendalam tentang beberapa prosiding dari perspektif undang-undang tentang kes-kes yang sensasi dalam sejarah di Malaysia yang pernah dibicarakan.
Fail Mahkamah turut menampilkan laporan atau status terkini daripada Mahkamah Keadilan khas untuk penonton setia TV3.
Kes yang mengimbas kembali suasana bilik mahkamah akan menjadi lebih menarik dengan laporan khas di mana wartawan perlu turun padang untuk meninjau semula kes yang telah diselesaikan.
Penyiasatan jenayah dan tragedi yang popular ini ditunjukkan dengan infografik yang menarik bagi memudahkan lagi penonton untuk memahami.
Setiap episod akan memberi tumpuan kepada kes tertentu seperti kes syariah, kes bertaraf antarabangsa dan kes siasatan jenayah yang tidak dapat diselesaikan menerusi temu bual dengan ulasan pakar bertujuan untuk memberikan gambaran secara menyeluruh.
Antara kes-kes yang bakal dibicarakan adalah kes Sosilawati, Nurin Jazlin, Sharlinie, Canny Ong, Suzaily Mokhtar dan tragedi yang menyayat hati seperti insiden Highland Tower dan Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Jangan ketinggalan untuk saksikan Fail Mahkamah menerusi TV3, setiap Rabu, jam 9 malam atau strim langsung secara definisi tinggi di www.tonton.com.my . - 7KLIK
0 Comments