Tidur lena dengan Tilam Prime II Series Coway


TIDUR yang nyenyak pada waktu malam sesungguhnya membawa pelbagai manfaat. Malah tidur berkualiti setiap malam membantu menguatkan sistem imun, menceriakan mood, menambah baik fungsi jantung, serta menggalakkan berat badan yang lebih sihat dan meningkatkan fungsi otak.

Sebaliknya, kekurangan tidur yang berkualiti akan menimbulkan gangguan mood, kemurungan, kecemasan dan kesan negatif lain. Untuk membantu rakyat Malaysia tidur lebih lena, Coway telah melancarkan Tilam Prime II Series yang menjanjikan pengalaman tidur yang menjadikan kehidupan lebih indah.

Dibina dengan busa yang berudara dan menyejukkan, selain sokongan maksimum dan gangguan minimum (lateks 5 zon dan spring kocek 7 zon), tilam serba baharu yang ditambah baik ini ialah hasil teknologi serba maju Coway yang disesuaikan mengikut bentuk dan postur badan individu. Busa berudara baharu ini memberikan tahap pengudaraan lebih baik dan pilihan tilam lembut atau padat untuk memenuhi keperluan tidur yang berlainan.

Tilam ini disediakan dalam saiz Queen dan King dengan rangka katil dan kepala katil berkulit PU yang nipis dan anggun berwarna baldu biru gelap dan kelabu gelap untuk sentuhan mewah kontemporari. Tilam ini juga terletak molek di atas dasar berkaki tinggi, untuk memudahkan pembersihan permukaan di bawah katil dengan vakum robot.

“Sebagai The Best Life Solution Company, kami sentiasa berusaha menambah baik produk kami berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang meluas. Dengan Tilam Prime II Series, kami bukan sahaja mencipta sebuah tilam premium, tetapi juga menjadikannya mampu dimiliki oleh seluruh rakyat Malaysia menerusi skim sewa kami.

"Matlamat kami ialah untuk memberi pengalaman tidur yang lebih lena kepada rakyat Malaysia. Inovasi terkini ini bukan sahaja mengambil kira aspek keselesaan, tetapi juga lebih bersih, hasil Perkhidmatan Penjagaan Tilam 7-Langkah kami,” kata Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia.


Beliau menambah bahawa Tilam Prime II Series ini dicipta dengan mengambil kira keperluan pengguna, serta pelancaran baru tilam ini ditawarkan dalam pilihan lembut atau padat, dengan lateks semula jadi 100% 5 zon dan spring kocek 7 zon untuk sokongan maksimum dan gangguan minimum.

Pelapik (topper) tilam baharu juga mempunyai ciri-ciri anti-statik dan menghasilkan kesan penyejukkan untuk melegakan tekanan dan memastikan kualiti tidur yang nyaman dan lebih melenakan. Berlandaskan teknologi baharu yang serba canggih, busa berudara meningkatkan aliran udara dan kurang memerangkap haba.

Dalam usaha mencapai tahap kebersihan tilam yang optimum, Prime II Series dilengkapi dengan pelapik tilam boleh tukar percuma* yang memastikan tilam sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

Dengan membolehkan pengguna tidur secara sihat dan nyenyak sepanjang tahun, Perkhidmatan Penjagaan Tilam 7-Langkah rutin Coway oleh Juruteknik Penjagaan Rumah Coway sekali setiap empat bulan menggunakan kelengkapan teknologi tinggi terkini untuk membersihkan dan menjaga tilam.

Tilam dibersihkan menggunakan perkhidmatan tujuh langkah termasuk pengukuran tahap habuk, pembersihan bingkai, pengelapan bingkai katil, pembersihan sisi, pembersihan tilam, penyemburan penghalau habuk dan pensterilan ultraungu (UV).

“Pelanggan kami selalu terperanjat apabila mendapati bahawa tilam mereka yang nampak bersih sebenarnya sangat kotor – dipenuhi dengan hama habuk, zarah habuk halus, kulit mati, acuan, bakteria, peluh dan juga kulat.

"Semua kotoran ini hampir mustahil dilihat dengan mata kasar, menjadikan penjagaan tilam sangat penting untuk kualiti tidur lebih sihat. Jika tidak dibersihkan, keadaan boleh menyebabkan kesan negatif kepada kesihatan seperti alahan, sinus, mata merah jambu, kegatalan, ruam dan banyak lagi,” kata Choi.


Ini adalah salah satu perkhidmatan unik yang diberikan oleh Coway dan hakikatnya menjadikan tilam ini satu pelaburan yang berguna. Daripada hanya RM139 sebulan, rakyat Malaysia boleh memiliki Tilam PRIME II Series mereka sendiri. Pelanggan bukan sahaja mendapat tilam, tetapi juga menerima perkhidmatan penjagaan tilam Coway yang membersihkan tilam secara berkala.

Untuk menikmati tidur lena yang menjadikan kehidupan lebih indah, layari www.coway.com.my sekarang untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Tilam Prime II Series. - 7KLIK 


[KREDIT: Coway]





Post a Comment

Previous Post Next Post